Kelam.

Kelam.
Aku nampak hanya hitam.

Aku rindu cahaya terang dulu, Yang damai lembut di mata,
Yang membuat susah terasa indah.

Dan semakin lama ia bertambah warna.
Bercorak warna-warni.
Malah kadang-kadang berkilau.

Aku asyik.
Dan terus asyik.
Aku lupa cahaya dulu.

Warna-warna itu bahkan menambah keegoanku.
Warna-warna itu malah menjadikan aku keras.
Warna-warna itu sebenarnya meresahkan.

Dan saat aku menyedari warna-warni itu menipu,
Seluruh dunia aku lihat gelap.

Bagai orang buta,
Aku teraba dan terkapai.
Jeritan tolong tiada balas.
Teriak tangis tidak dihirau.

Tiba-tiba tanganku dipegang,
Dibawa perlahan menyentuh mata,
Dan dibuka.

Terpana.
Ternyata cahaya terang yang aku rindu
Tak pernah sirna.

Hanya aku yang menutup mata.
Dan warna-warna cantik itu cuma mimpi.

-Nur-