Posts

Showing posts from 2016

Kamu.

Kamu adalah satu warna,
Diantara pelbagai warna yang pernah hadir,
Yang menghiasi cerita hidup.
Allah hadirkan kamu sementara,
Dan sementara itu cukup membuat aku bahagia.

Maafkan segala kekhilafan.
Aku pohon, maafkan segalanya.
Warna indah kamu,
Takkan bisa dicorak atas kain kehidupanku.
Warnanya beda.
Sesuainya malahan tidak.

Kamu,
Terima kasih kerana selalu ada.
Terima kasih kerana sentiasa tenang,
Dengan sokongan, nasihat dan bait kata-kata.
Terima kasih buat segalanya.
Untuk semuanya.

Kamu,
Cuma pinjaman.
Dengan penuh penghargaan, aku kembalikan.

-Nur-

Bagaimana bercinta dengan Allah?

“Bagaimana bercinta dengan Allah?” Hanya yang mengenal Allah, akan mencintaiNya. Dan hanya yang mengenal hakikat diri, akan mengenal Tuhannya. Lalu, tanya kepada hati. Hidup ini sebagai manusia yang ada tujuan, atau hidup hanya kerana orang lain juga hidup? Hidup dengan prinsip bertuhan, atau hidup mengikut angan-angan yang memusnahkan? Hidup dengan mengenal hakikat penciptaan, atau hanya mengenal setiap inci tubuh badan?

" من عرف نفسه فقد عرف ربه " Ini yang Nabi ajar. “Sesiapa yang mengenal dirinya, maka dia mengenal Tuhannya”

Mana mungkin kita tidak ada ikatan dengan Pencipta? Walaupun sesudah proses penciptaan, kita tetap ada hubungan dengan Tuhan. Analogi mudah, sebuah mesin dicipta. Kemudian mesin itu dibeli, dan berfungsi setiap hari. Hingga suatu masa, mesin itu rosak. Kemudian apa yang dilakukan oleh yang membeli mesin itu tadi? Sudah tentu, akan dikembalikan kepada yang mencipta mesin untuk diperbaiki.

Begitu juga manusia. Sehebat mana kita, setinggi mana pun k…

Sedarlah diri.

Di dalam setiap kebodohan kau bertindak,
Allah masih membuka ruang untuk kau berfikir.
Allah masih memberi jalan pilihan,
Untuk kau terus memilih dengan cerdik.

Tapi dalam setiap kebodohan kau bertindak,
Kau malah terus menyalahkan Allah.

Sedar diri,
Wahai yang namanya manusia.

-Nur-

Warna Tuhan.

Hidup ini,
Allah beri kita warna warna..
Buat dipilih dan dilakar dalam corak corak. 

Gelap atau cerah, 
Pekat atau cair,
Bercorak penuh atau seringkas saja,
Pilihlah sesuai dengan hatimu. 
Pilihlah buat dilakar sepanjang jalanmu
Sepanjang jalanmu kembali pada tuhan.
Buat dibentang pada tuhan,

Pilihlah.  Dan lakarlah.-Nur-

Mampu.

Medan dakwah memerlukan orang-orang produktif,
Tapi medan dakwah tidaklah menzalimi.

Berbuatlah selama mampu,
Setakat boleh.

-Nur-

Menulislah.

Bila bicara lisan tak tembus telinga-telinga angkuh,
Mungkin bait tulisan mampu memberi faham.

Kerana disebalik keangkuhan itu,
Tak mustahil ada hati yang mahukan damai.

-Nur-

Putih apa Keruh?

Jiwa itu fitrahnya baik. 
Tapi kerna segunung atau seketul egois, 
'Baik' akan semakin asing.

Kerna bila putih dan keruh menyatu,
Mustahil putih akan kekal bersih.

-Nur-

Pasak.

Bila kaki bergerak,
Kau harus persiap.

Sangkut pada hati kau kesabaran.
Tanam di dasar dada kau kelapangan.
Dan pasak di minda kau cuma satu tujuan.

Jalan menuju Tuhan terlalu banyak lorong.
Bahkan disetiap lorong itu ada banyak kepala.

Kau akan jumpa.

Semakin jauh kau menapak,
Semakin banyak.

-Nur-

Kelam.

Kelam.
Aku nampak hanya hitam.

Aku rindu cahaya terang dulu, Yang damai lembut di mata,
Yang membuat susah terasa indah.

Dan semakin lama ia bertambah warna.
Bercorak warna-warni.
Malah kadang-kadang berkilau.

Aku asyik.
Dan terus asyik.
Aku lupa cahaya dulu.

Warna-warna itu bahkan menambah keegoanku.
Warna-warna itu malah menjadikan aku keras.
Warna-warna itu sebenarnya meresahkan.

Dan saat aku menyedari warna-warni itu menipu,
Seluruh dunia aku lihat gelap.

Bagai orang buta,
Aku teraba dan terkapai.
Jeritan tolong tiada balas.
Teriak tangis tidak dihirau.

Tiba-tiba tanganku dipegang,
Dibawa perlahan menyentuh mata,
Dan dibuka.

Terpana.
Ternyata cahaya terang yang aku rindu
Tak pernah sirna.

Hanya aku yang menutup mata.
Dan warna-warna cantik itu cuma mimpi.

-Nur-

Manusia

Allah mencipta manusia tidak sekadar untuk wujud.
Allah mahu manusia itu hidup.

Sebagai manusia.

-Nur-

Mukmin itu sentiasa belajar.

Setiap keping peristiwa didalam hidup, membuat manusia itu belajar.

Dari situ dia memperoleh kematangan.
Dari situ dia bisa lebih tenang.
Dari situ dadanya sentiasa lapang,
Tanpa sekelumit prasangka.

Kerana mukmin itu setiap detik hidupnya pelajaran.

-Nur-

Kisah

Kadang manusia tak pernah kisah,
Dengan orang-orang yang hidup dalam hidupnya.

Pergi balik, tenggelam timbul orang lain,
Tak pernah hirau.

Sampai satu masa hidupnya sunyi.
Tak ada lagi yang menyapa seperti hari-hari.
Tak ada yang melempar senyum saat selisih.
Dan tak ada lagi yang membagi kasih meski tak pernah dipinta.

Saat itu mungkin manusia itu sedar,
Nikmat mengenal dan mempunyai insan disekeliling,
Sangat sakit bila ditarik.

-Nur-

Nafas.

Tuhan bukan sekadar dikenal sebagai tuhan.
Bukan hanya untuk disembah di atas sejadah.
Bukan cuma disapa saat lelah.

Tuhan yang mencipta aku sebagai manusia bernafas.

Tapi dengan nafas ini, aku sombong denganNya.
Dengan nafas ini, aku lupa kepadaNya.
Dan dengan nafas ini, aku malah menyalahkan Dia.

Rabb, masihkah aku layak dipandangan Mu?

-Nur-