Friday, June 19, 2015

Ya aku jatuh. 
Tapi aku tak kecewa. 
Aku tahu aku jatuh. 
Dan aku tahu aku harus bangkit. 

Tiap-tiap manusia, ada detiknya jatuh. 
Dan jatuh itu yang membuat manusia digelar manusia. 

Untuk terus menjadi manusia, 
Aku harus bangkit dan bersiap lagi untuk jatuh. 
Lagi dan lagi. 
Itu tarbiyah dari Tuhan. 

Yang aku kecewa adalah wujudnya engkau.
Dan segolongan engkau.
Bersembunyi disebalik topeng tawaddhu',
Merendahkan orang-orang,
Sibuk mencanang kehebatan sendiri.

Aku cuma pinta satu. 
Jangan kau lupa bahawa kau manusia. 
Kelak kau jatuh, sakitnya mungkin tak terubat. 

-Nur-

BARAKALLAHU LANA :)