Thursday, February 26, 2015

Aku, Aku.

Mungkin hari ini kau kenal aku.
Tapi esok, kau tak tahu pun siapa aku.

Aku tetap aku.
Punya hati sekeras batu,
Tapi juga cair mengalir.

Aku manusia.
Punya identiti fitrah.
Bukan malaikat tiada ingkar.
Bukan iblis tiada sedar.

Tak usahlah pening kepala,
Kau nilai siapa aku.
Tak usah berkedut dahi,
Mengeji kerja buat aku.

Baik kau tunduk,
Lihat dimana kau berdiri.

-Nur-
BARAKALLAHU LANA :)

Sunday, February 15, 2015

Konon.

Sukanya kau bersentap-sentap. 
Untuk orang lain kau tampar sentap menusuk.
Pantang terlihat tak kena,
Keluar sentapan muhasabah. 

Muhasabah. 
Itu kata kau. 

Tak kau fikir,
Hati mereka akan terus tersentap dari rahmat Tuhan,
Terus merasa murka Tuhan,
Terus tidak percaya peluang kembali pada tuhan. 

Dan kau terus megah, 
Kau membuat orang muhasabah? 

Waktu kembali mengena kepala sendiri, 
Dengan sayu kau pertahankan jiwa manusia. 
Engkau sahaja seorang manusia. 
Apa kau hidup dengan tumbuhan? 


Kata Sayyiduna Ali bin Abi Talib : 

الفقيه حق الفقيه من لم يقنط الناس من رحمة الله
Sebenar-benar faqih adalah mereka yang tidak menyebabkan manusia berputus asa dari rahmat Allah. 

Riwayat Ad-Daarimi

-Nur-
BARAKALLAHU LANA :)