Friday, November 14, 2014

Janganlah merajukkk

Semangat yang hilang,
Beribu langkah cuba dijejak,
Hingga kesudut penjuru aku jengah.

Aku bagai gila.

Kosong itu membunuh.
Didalam ini terseksa meronta,
Walau riak memapar gembira.

Tetap,
Kosong itu menyeksa.

Tolong kembali.
Aku pohon.

Wahai semangat yang rajuk,
Jujur aku ini lemah menjaga,
Itu lah aku.

Longgar dalam dakapan maju,
Tercicir segalanya tanpa sedar,
Malah terus ketawa bagai tiada apa berlaku.

Maafkan aku.
Dan pulanglah.

Isi semula kekosongan bernanah.
Akan aku sental karat berdarah,
Akan aku buang sawang rimas,
Dan aku cuba,
Dakap dengan azam. 

- Nur -


BARAKALLAHU LANA :)

Saturday, September 27, 2014

Terus






Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu. 
Teruskan berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruskan berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruskan bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Teruskan berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.




-Ustaz K.H Rahmat Abdullah


BARAKALLAHU LANA :)

Thursday, August 21, 2014

Siapa Aku?


Mencari diri itu ternyata tidak mudah.
Sukarnya lebih dari membina diri yang kosong.
Kerna dalam pencarian itu,
Pedihnya tercalar kerana duri,
Peritnya menepis suara palsu,
Dan kerasnya keringat membuang karat fasik.

Aku letih menangis,
Tak tertahan letih pencarian.
Sampai bila lagi aku terus begini,
Hidup dengan diri yang palsu.
Bila akan aku temui,
Diri aku yang dulu.

Aku hampir jatuh,
Tapi aku kuatkan langkah ini.
Agar aku tak jatuh,
Dalam nyalaan abadi.

Tuhan,
Teguhkan aku mencari diri,
Mengejar apa yang Kau janji.
Campakkan hati ini,
Dalam rasa nikmatnya,
Bercinta denganMu. 

-Nur-

BARAKALLAHU LANA :)

Friday, August 8, 2014

Fitrah, Fitnah.

"Menguruskan fitrah?"

"Ya, fitrah itu sekelip mata boleh bertukar menjadi fitnah. Fitrah rindu boleh bertukar menjadi fitnah sobwah (rindu yang cenderung kepada kebodohan). Sebab itu rindu itu elok diuruskan dengan zikrullah."

"Kalau betul pun hati awak sedang terfitnah, alah dosa kecil sahaja"

"Ia bukan soal dosa kecil atau besar. Ia soal dengan siapa kita berdosa."



-Fatimah Syarha-
BARAKALLAHU LANA :)

Friday, March 28, 2014

Kaya?

Kasih sayang bukan dengan kebendaan.
Kasih sayang itu caranya perhatian.
Bukan namanya bahagia kalau kerna duit kau digelar kaya.
Tapi bahagia jika hati kaya dengan cinta,
Meski dalam dompet hanya kepingan biru.

Sejuta penjuru dunia pun duit tersimpan,
Hidup tidak hidup menjadi manusia.
Tanpa kasih sayang,
Jiwamu takkan bernafas dalam bebas.
Kau terantai dengan wang.

Kasih sayang itu boleh menghasil wang.
Dan wang tak sekali-kali dapat membeli sayang.

-Nur-
BARAKALLAHU LANA :)