Thursday, April 11, 2013

Erti Syukur


Engkau punyai impian,
Dan engkau punyai harapan, 
Azam untuk cita-cita.
Kau sertai dengan usaha..
Kesungguhan dan tawakkal tak pernah lekang dari minda mu. 

Dan satu saat, sinar tiba dengan hasilnya.
Sinar yang dicari, sinar yang dipinta. 
Engkau peroleh semua..
Bahagia.
Itu kata jiwamu. 
Kata hati mu. 

Tapi sungguh, segalanya cuma sia. 
Kebahagiaan yang kau pinta,
Cita-cita yang kau idamkan,
Impian yang kau usahakan,
Selayaknya bukan untuk engkau! 

Sampai sekarang,
Memang semua kebahagiaan bukan untuk engkau.
Dan aku pasti, kau juga mengakui.
Jujurlah,
Kau tahu,
Kebahagiaan itu tidak beserta ketenangan.
Kerana satu, 
Engkau adalah pelupa. 

Lupa makna syukur dan erti cinta. 

-Nur- 


BARAKALLAHU LANA :)

No comments: