Tuesday, November 26, 2013

Pesanan Istimewa...

" Jika kau merasa besar, periksa hatimu. 
Mungkin ia sedang bengkak.
Jika kau merasa suci, periksa jiwamu.
Mungkin itu putihnya nanah dari luka nurani.
Jika kau merasa tinggi, periksalah batinmu.
Mungkin ia sedang melayang kehilangan pijakan.
Jika kau merasa wangi, periksa ikhlasmu.
Mungkin itu asap dari amal salihmu dibakar riya'..

Jom Jaga Hati. Fi Hifzillah ukhti sayang.  "

-Ukhti N-

-Nur-
BARAKALLAHU LANA :)

Wednesday, October 16, 2013

Sabar.


Nilai sebuah kesabaran,
Tinggi dengan nikmat penghayatan
Berharga dengan hikmah yang tersirat.
Mahal dengan ganjaran yang akan aku dapat. 

Dengan keyakinan itu,
Secebis kesabaran masih ada didalam diri ini. 
Meneruskan langkah perjalanan
Mencuba untuk senyum dan tampak tenang.

Biarpun hati bergolak mula ragu,
Aku sabar agar ia tetap.
Biarpun air mata tak terbendung,
Aku sabar agar ia tak terdorong. 

Dengan kesabaran aku yakin,
Moga hikmahnya lebih meyakinkan ! 



- Nur -
BARAKALLAHU LANA :)

Friday, October 11, 2013

Harus bertindak! Jangan cuma pasrah dan redha.





Ada masa, iman kita lemah...
Ada ketika, iman kita teguh...
Memang hakikatnya tentang iman, ada naik turun. 
Dan yang punyai iman, jangan cuma berserah,
Jangan cuma mengikut. 
Kerana sentiasa ada yang perlu dilakukan. 

Istiqamah lah, saat merasai kekuatan iman.
Tambahlah 'soleh' sewaktu iman tak mengeluh letih.
Dekati dan hayatilah cinta-Nya, saat iman merindui ketenangan,
Berlindunglah, dan mohon kekuatan agar tak hanyut ketika lemah.



Mohonlah, mohon dan terus memohon. Hanya Dia yang mampu memberi dan memelihara. 

Kerana disaat itu, hati akan mudah terjerut. 
Nafsu akan mudah diturut.
Dan iman akan semakin susut. 
Penangan kehebatan laknatullah menghasut

Dan sebenarnya,
Sangatlah hebat orang-orang,
Yang berusaha mencari imannya,
Ketika dia jatuh dan lemah dipeluk nafsu. 
Beruntunglah orang-orang,
Yang memelihara imannya,
Saat hatinya berasa kuat dengan cinta Allah.
Sesungguhnya mereka, jauh dari sia-sia..... 


"Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kamu tidak temui, carilah hatimu ketika kamu  mengerjakan solat, jika kamu tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati, jika kamu tidak temui juga, berdoalah kepada Allah dan pintalah hati yang baru"





-Nur-




BARAKALLAHU LANA :)

Monday, July 1, 2013

Bersegeralah, jangan ditangguh...




Bersegeralah untuk kebaikan..
Selagi nyawa tak sampai ke halkum.
Bersegeralah menggali ilmu,
Sekalipun esok ajal bertamu.
Bersegeralah membuat orang tersenyum,
Dengan akhlak ajaran Rasul.
Bersegeralah dan berterusanlah,
Berjuang mengangkat Islam hingga tinggi menjulang.

Segera, dan bersegeralah. 
Kerana tiada yang tahu tempoh masa untuk kita. 
Kecuali DIA.

Kerana dunia sememangnya medan untuk berjuang..
Terus berjuang dan berjuang.
Sampai tiba waktunya,
Semoga ada rehat untuk kita dibawah sana...
Sambil menunggu hasil perjuangan,
Di Jannah yang terindah..


SANAH HELWAH.
SELAMAT HARI TUA.



-Nur-
BARAKALLAHU LANA :)

Thursday, April 11, 2013

Erti Syukur


Engkau punyai impian,
Dan engkau punyai harapan, 
Azam untuk cita-cita.
Kau sertai dengan usaha..
Kesungguhan dan tawakkal tak pernah lekang dari minda mu. 

Dan satu saat, sinar tiba dengan hasilnya.
Sinar yang dicari, sinar yang dipinta. 
Engkau peroleh semua..
Bahagia.
Itu kata jiwamu. 
Kata hati mu. 

Tapi sungguh, segalanya cuma sia. 
Kebahagiaan yang kau pinta,
Cita-cita yang kau idamkan,
Impian yang kau usahakan,
Selayaknya bukan untuk engkau! 

Sampai sekarang,
Memang semua kebahagiaan bukan untuk engkau.
Dan aku pasti, kau juga mengakui.
Jujurlah,
Kau tahu,
Kebahagiaan itu tidak beserta ketenangan.
Kerana satu, 
Engkau adalah pelupa. 

Lupa makna syukur dan erti cinta. 

-Nur- 


BARAKALLAHU LANA :)

Friday, March 1, 2013

Diam bukan diam.

Diam tidak bererti tidak membela.
Ada hal yang kadang tidak bisa kita lakukan,
Seperti apa yang kita inginkan.

-Perempuan Berkalung Sorban-
BARAKALLAHU LANA :)

Bebas.

Kalian adalah calon muslimah,
Calon isteri buat suami kalian tercinta,
Calon ibu buat anak kalian tersayang.

Syurga menurut janji Allah,
Ada di bawah telapak kaki kita.
Perempuan.

Tapi jangan lupa satu hal,
Allah juga memberikan kita kebebasan.
Mau jadi apa pun kalian nanti,
Pilihlah jalan Allah dengan rasa bebas,
Dan dengan hati yang ikhlas.

Dengan begitu insyaAllah..
Kita akan hidup dengan tenang,
Dan tanpa rasa benci.

-Perempuan Berkalung Sorban-
BARAKALLAHU LANA :)