Friday, December 28, 2012

SEMPURNA.

SEMPURNA. Satu kalimah yang dikejar. Kadangkala hikmah yang tersirat tak di ambil peduli. Cuma sekadar ingin memenuhi fitrah duniawi. Itulah aku, itulah engkau. Juga sama dengan semua yang bernma manusia. Tak dapat ditepis, tak dapat dinafi. Pandangan manusia sentiasa menjadi yang pertama. Kemudian, kesempurnaan pandangan Rabbul Izzati baru diraih. Itupun cuma segelintir yang sedar.

Sempurna. Dari segi rupa, harta, ilmu, kerjabuat, hubungan, akhlak, iman, aqidah, dan macam-macam.
Segalanya ingin sempurna, kan? Tapi, alangkah indah dan bermakna jika segala kesempurnaan itu dikejar dengan mengharap redha Allah. :) Kesempurnaan duniawi dimiliki untuk melengkapkan persiapan ukhrawi yang kian hari ditambah kuantiti dan kualiti. Bukankah indah, jika dunia ditadbir agama ?

" Indahlah dunia jika ditadbir agama, tapi hancurlah agama jika dikuasai dunia. "

Kelemahan sentiasa ada. Kenyataannya kita sebagai hamba. Tapi kita hamba yang beruntung ! Sentiasa ada peluang dari TUAN. Sentiasa diberi pertolongan dan perlindungan. Kita juga punya senjata. Kita ada talian denganNya. Yang langsung tanpa sekatan. Yang terus tanpa halangan. Lantas alasan apa lagi yang layak dijadikan alasan ?  Alasan apa yang menghalang kita bangkit menjadi MUKMIN? Yang Allah pandang sebagai insan bertaqwa, yang Allah kasih padanya, yang terpilih untuk mendapat syafaat RasulNya, dan yang berhak mendapat syurgaNya ..

Bangkit menjadi MUKMIN. Mukmin yang sempurna? Oh, MUSTAHIL . Tiada yang sempurna melainkan DIA. Dan tiada yang mampu menjadi seperti kekasih yang diberi mukjizat oleh Nya .

" Habistu macam mana? Susah lah. Bila nak berubah, ada saja ujian. Lepastu jatuh balik. Iman susah nak kekal menaik. "

Bukankah itu alasan orang yang malas berusaha ?? Sekali lagi, kita hamba yang beruntung! Kita punya senjata, punya perlindungan dan pertolongan, punya tempat bergantung. Allah beri akal, beri anggota sempurna. Itu lah alat-alat yang harus diguna untuk BERUSAHA. Bukan sekadar menggunakan mulut sahaja memberi alasan dan menyatakan segalanya SUDAH TAKDIR ~

Itulah aku. Itulah engkau. Dan itulah kita, MANUSIA. =)


كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)" (Aali Imran 3:110)

Usah risau jika belum sempurna, kerana itu mustahil. Risaulah jika tiada usaha menjadi sempurna kerana Allah soalkan usaha bukannya hasil :)

- Nur -




BARAKALLAHU LANA :)

No comments: