Posts

Showing posts from October, 2012

Hasrat Hati.

Image
Kehendak hati,
tidak pernah punya pendirian.  Kerana itu, kadang-kadang aku tersasar. Dalam mencari kehendak hati, ada kalanya aku tersalah tafsir. Aku tersalah menentukan, Yang mana kebaikan atau kekhilafan.  Dan setelah itu, aku sendiri sesal, buntu jalan membetulkan.
" Sesungguhnya  aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran danSunnahku.”

Maka itulah, Menjadi panduan terbaik buat hasrat hati, Mencari erti ketenangan yang sebenar. 
- Nur -