Friday, August 3, 2012

Menangis..

 Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah bersabda ;
"Ada 7 orang yang dilindungi Allah dibawah rahmatNya di akhirat, iaitu ;
  • Imam (pemerintah) yang adil
  • Pemuda yang menggunakan masa remajanya untuk mengabdikan diri kepada Allah
  • Lelaki yang hatinya sentiasa di masjid
  • Orang yang mengasihi satu sama lain, bertemu, berpisah dan bersaudara semata-mata kerana Allah
  • Lelaki yang digoda oleh wanita tetapi ia berkata, 'Aku ini takut kepada Allah!'
  • Orang yang bersedekah dan menyembunyikan sedekahnya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.
  • Orang yang ingat Allah, bersunyi diri sehingga berlinangan air mata.

Sabit Banani berkata ;
Seorang wali Allah pernah berkata, "Aku mengetahui doaku yang mana akan diperkenankan."
Beliau ditanya, " Bagaimana ?"
Beliau menjawab, " Ketika berdoa jika bulu roma telah tegak, hati berdebar dan air mata berlinangan, maka doa itu nescaya diterima. "

Sesungguhnya orang yang mampu mengalirkan air mata , mampu memaksa dirinya benar-benar takut kepada azab dan menyesali dosa hingga timbul ketakutan dan kegerunan dalam hati ada dua kelebihan ;


- IKHLAS
 Bukan mudah untuk memaksa diri menyesali dosa-dosa, apatah lagi hingga mengalirkan air mata. 

- TAKUT HINGGA MENGALIR AIR MATA
Dengan pelbagai unsur-unsur mazmumah dalam kehidupan, bukanlah senang untuk sentiasa takut dan ingat kepada Allah dan janjiNya.

Jadi, untuk perkara yang tidak mudah ini haruslah sama-sama kita paksa diri melawan hawa nafsu kerana sesungguhnya jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu. Paksa juga untuk menangis dihadapan Allah kerana air mata itu mampu melembutkan hati yang keras.
Terdapat 2 jenis dua jenis mata yang tidak akan disambar di api neraka. Mata itu adalah :
  • Mata yang berjaga kerana berjihad ke jalan Allah
  • Mata yang berjaga kerana menangis takutkan Allah

Hasan al-basri berkata,"Jika mata seseorang menyucurkan air mata kerana takut Allah, maka dia mengharamkan neraka menyentuh tubuhnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata,"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."


“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ” Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, …

BARAKALLAHU LANA :)

No comments: