Friday, July 20, 2012

Datang Lagi :)

Sekali lagi ia datang.. 
Membawa peluang dari Sang Pencipta. 
Menawarkan berjuta ganjaran.
Tanda kasih dari Dia,
Yang membantu kita dekat denganNya.. 


 RAMADHAN
Melangkah dengan persediaan dan matlamat,
Melaluinya dengan mencari redha Allah
Melaluinya dengan berusaha mendapat Taqwa
Melaluinya untuk mendapat Rahmat dan Maghfirah
Melaluinya untuk bebas dari api neraka
Melaluinya dengan mencari kesabaran
Melaluinya untuk mencari syurga
Dan melangkah keluar dengan kesucian
Serta harapan boleh menjadi insan istiqamah
Dalam mengejar Cinta Suci dariNya =)

- Allahumma bariklana fi Rajab wa Sya'ban, wa Ballighna Ramadhan - 



3 Golongan Orang Berpuasa

1 - Puasa Awam
Puasa orang awam adalah puasa yang telah lulus dari sudut rukun dan syaratnya. Sekalipun seorang itu berpangkat Tan Sri mahupun Tun sekalipun, jika puasanya setakat menahan diri daripada melakukan perbuatan yg membatalkan puasa, maka puasanya itu adalah puasa orang awam.

2. Puasa Khusus
Maksudnya seseorang yang berpuasa dan menjaga juga anggota zahir daripada melakukan perkara yang haram dan berdosa.. sekalipun perbuatan itu tidak mengakibatkan puasa terbatal.. iaitu menjaga mulut daripada bercakap perkara yang haram dan berdosa, menjaga mata daripada melihat perkara maksiat, menjaga telinga, tangan, kaki dsb daripada melakukan perbuatan yang dilarang.

3. Puasa Paling Khusus
Inilah peringkat tertinggi dalam berpuasa.. Bukan setakat menahan diri daripada melakukan perbuatan yg membatalkan puasa dan menahan anggota zahir daripada melakukan maksiat dan dosa.. lebih daripada itu, golongan ini menjaga anggota batin daripada memikirkan perkara dosa dan maksiat.. juga menjaga hati daripada sifat-sifat keji spt riak, takabbur dsb.
Puasa peringkat ini adalah seperti puasa para Nabi, sahabat, dsb.


KITA INGIN MASUK KEDALAM GOLONGAN YANG MANA ???



BARAKALLAHU LANA :)

No comments: