Friday, July 20, 2012

Datang Lagi :)

Sekali lagi ia datang.. 
Membawa peluang dari Sang Pencipta. 
Menawarkan berjuta ganjaran.
Tanda kasih dari Dia,
Yang membantu kita dekat denganNya.. 


 RAMADHAN
Melangkah dengan persediaan dan matlamat,
Melaluinya dengan mencari redha Allah
Melaluinya dengan berusaha mendapat Taqwa
Melaluinya untuk mendapat Rahmat dan Maghfirah
Melaluinya untuk bebas dari api neraka
Melaluinya dengan mencari kesabaran
Melaluinya untuk mencari syurga
Dan melangkah keluar dengan kesucian
Serta harapan boleh menjadi insan istiqamah
Dalam mengejar Cinta Suci dariNya =)

- Allahumma bariklana fi Rajab wa Sya'ban, wa Ballighna Ramadhan - 



3 Golongan Orang Berpuasa

1 - Puasa Awam
Puasa orang awam adalah puasa yang telah lulus dari sudut rukun dan syaratnya. Sekalipun seorang itu berpangkat Tan Sri mahupun Tun sekalipun, jika puasanya setakat menahan diri daripada melakukan perbuatan yg membatalkan puasa, maka puasanya itu adalah puasa orang awam.

2. Puasa Khusus
Maksudnya seseorang yang berpuasa dan menjaga juga anggota zahir daripada melakukan perkara yang haram dan berdosa.. sekalipun perbuatan itu tidak mengakibatkan puasa terbatal.. iaitu menjaga mulut daripada bercakap perkara yang haram dan berdosa, menjaga mata daripada melihat perkara maksiat, menjaga telinga, tangan, kaki dsb daripada melakukan perbuatan yang dilarang.

3. Puasa Paling Khusus
Inilah peringkat tertinggi dalam berpuasa.. Bukan setakat menahan diri daripada melakukan perbuatan yg membatalkan puasa dan menahan anggota zahir daripada melakukan maksiat dan dosa.. lebih daripada itu, golongan ini menjaga anggota batin daripada memikirkan perkara dosa dan maksiat.. juga menjaga hati daripada sifat-sifat keji spt riak, takabbur dsb.
Puasa peringkat ini adalah seperti puasa para Nabi, sahabat, dsb.


KITA INGIN MASUK KEDALAM GOLONGAN YANG MANA ???



BARAKALLAHU LANA :)

HANYUT dan KEMBALI ..

Hanyut lagi..
 Ingin kembali , tapi malu menguasai..
Sering mengambil jalan bertangguh.
 Lupa, waktu bukan ditangan sendiri.
Sempat atau tidak untuk kembali ?
  Hanya persoalan tanpa tindakan..

Jiwa yang kosong tanpa cinta,
 Lantas memberi kesan kepada semuanya..
 Amanah Allah terabai,
Pesanan ibu ayah ditinggalkan,
 Sahabat disisi tak dihiraukan,
Diri sebagai hamba tidak dipedulikan
 Sekaligus timbul titik noda hitam
Menutupi ruang hidayah didalam hati. 

Sekali tersedar,
 Hati kian keras.
Sudah tak mampu menangisi kekhilafan
 Sudah tak mengalir air mata keinsafan
Sudah hilang kegerunan terhadap azab yang dijanjikan..

Ya Allah ! HambaMu kian jauh.
HambaMu kian lemah.

Aku tersedar.
 Aku harus kembali.
Harus menjaga kembali amanah denganNya,
 Harus mengambil jaga semula pesanan orang tua
Harus berperanan lagi sebagai hamba.
 Harus mencari kembali sahabat yang aku tinggalkan.
Gara-gara kekacauan dalam sekeping hati..


Aku tersedar.
 Hati harus dileburkan dengan TAUBAT
Air mata harus dipaksa keluar,
 Keinsafan harus dipenuhkan dalam ruang jiwa,
Keyakinan terhadap janjiNya harus dicari kembali..

Mendatangi azam dan cita-cita..
 Mendapatkan maghfirah,
Meraih rahmat dan redha,
 Seterusnya ketenangan dan kebahagiaan yang akan ku temui.
Itu janjiNya :)


- Nur -
BARAKALLAHU LANA :)