Monday, March 12, 2012

Maafkan lah..

Bismillah..

Kesalahan itu fitrah buat semua apabila hidup dalam masyarakat. Pastinya ada saja kesilapan yang pernah dilakukan, yang pernah menggores hati orang, yang pernah menyeksa hati orang lain. Benar, semua pernah!
Dan pasti, kemarahan itu menjadi tetamu yang seringkali bertandang dalam hati.

Kemarahan, dendam.. Yang hanya menyesakkan dada. Lepaskanlah! Jangan biarkan dendam mengotori hati.. Jangan biar kemarahan menjadi penyebab permusuhan yang akan memutuskan ikatan silaturrahim. Maafkanlah kesilapan orang lain.. Redhakan saja walaupun perit. Tapi, itulah yang indah sebenarnya..

Dengan memaafkan orang lain, hati akan lebih tenang dan bibir akan sentiasa menguntum senyuman..
Ikut saja akhlak Rasulullah. Baginda mampu memaafkan kesilapan orang lain. Tetapi kita? Jika dibandingkan, Rasulullah lebih terseksa ketika diuji. Namun, baginda mampu melafazkan kata-kata maaf. Kita hanya diuji sedikit. Tapi rasa ego yang melambung tinggi..

Cuba bayangkan.. Tatkala kita berkeras tidak mahu memaafkan kesilapan seseorang, ada orang lain yang juga berdendam dengan kita. Bagaimana perasaan ? Kita tidak sentiasa baik, ada juga kesalahan yang pernah dilakukan. Jika kita tidak dimaafkan, pahala kita kan dituntut diakhirat. Mahukah kita terlepas syurga?

Tetapi, macam mana kita nak dimaafkan sebelum kita memaafkan? Belajarlah dan biasakan diri untuk rapat dengan lafaz MAAF. Sama-samalah memaafkan.. Moga hati lebih tenang, moga soal akhirat jadi senang.. InsyaAllah, Biiznillah :)

- Nur -
BARAKALLAHU LANA :)

No comments: