Sunday, December 30, 2012

Tersalah Langkah



Mungkin kerana terlalu lama menyimpan,
Aku merasakan waktunya cukup matang.
Lantas aku memberanikan diri untuk membuka,
Dengan keyakinan takkan tergugat.
Malah dengan keyakinan,
Aku seperti cukup kuat untuk membawa kebaikan.

Tapi hakikat sebenarnya,
Masa bukanlah penentu kuatnya hati.
Sampai tergelincir tanpa keinginan untuk bangkit. 
Aku terus duduk bertamu kealpaan.

Hingga suatu saat,
Hilang semua keasyikan.
Kesunyian menerjah dengan kesedaran. 
Perjuangan dulu kembali ditayang diminda.
Dan aku sedar, aku rindu.
Rindu nikmat perjuangan.
Yang telah aku rosakkan. 

Bukan mudah untuk kembali,
Semua lalang kefasikan perlu dicantas!
Dengan segenap azam dari seluruh pelusuk jiwa. 
Dengan keyakinan taubat dari Sang Pencipta.
Dan dengan penuh pengharapan,
Segalanya bakal kembali seperti sebelumnya. 

Biarpun kini, ujian yang sama seperti berulang. 
Namun dengan sepenuh pengharapan,
Moga sejarah tidak berulang. 




- Nur -
BARAKALLAHU LANA :)

Saturday, December 29, 2012

Jenis jenis Hati

Bismillah..
Sedikit perkongsian hari ini. Tentang HATI. Seketul daging yang begitu besar peranannya. Mudah-mudahan ada manfaat, tidak sia-sia malah lebih baik untuk manusia yang mahu berfikir. InsyaAllah =)

 Kata Saidina Ali RA : " Bekas-bekas (tempat diturunkan ilmu dan rahmat) Allah di dunia ini adalah  hati "

 

Rasulullah SAW bersabda: “Ketahuilah dalam jasad manusia ada seketul daging, jika ia baik maka baiklah jasad itu dan jika ia rosak maka rosaklah jasad itu, itulah yang dinamakan hati.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

Rugilah seorang manusia apabila telah datang kepadanya jalan kebaikan tetapi ia masih tidak berganjak untuk mengikuti jalan itu. 

BARAKALLAHU LANA :)

Friday, December 28, 2012

SEMPURNA.

SEMPURNA. Satu kalimah yang dikejar. Kadangkala hikmah yang tersirat tak di ambil peduli. Cuma sekadar ingin memenuhi fitrah duniawi. Itulah aku, itulah engkau. Juga sama dengan semua yang bernma manusia. Tak dapat ditepis, tak dapat dinafi. Pandangan manusia sentiasa menjadi yang pertama. Kemudian, kesempurnaan pandangan Rabbul Izzati baru diraih. Itupun cuma segelintir yang sedar.

Sempurna. Dari segi rupa, harta, ilmu, kerjabuat, hubungan, akhlak, iman, aqidah, dan macam-macam.
Segalanya ingin sempurna, kan? Tapi, alangkah indah dan bermakna jika segala kesempurnaan itu dikejar dengan mengharap redha Allah. :) Kesempurnaan duniawi dimiliki untuk melengkapkan persiapan ukhrawi yang kian hari ditambah kuantiti dan kualiti. Bukankah indah, jika dunia ditadbir agama ?

" Indahlah dunia jika ditadbir agama, tapi hancurlah agama jika dikuasai dunia. "

Kelemahan sentiasa ada. Kenyataannya kita sebagai hamba. Tapi kita hamba yang beruntung ! Sentiasa ada peluang dari TUAN. Sentiasa diberi pertolongan dan perlindungan. Kita juga punya senjata. Kita ada talian denganNya. Yang langsung tanpa sekatan. Yang terus tanpa halangan. Lantas alasan apa lagi yang layak dijadikan alasan ?  Alasan apa yang menghalang kita bangkit menjadi MUKMIN? Yang Allah pandang sebagai insan bertaqwa, yang Allah kasih padanya, yang terpilih untuk mendapat syafaat RasulNya, dan yang berhak mendapat syurgaNya ..

Bangkit menjadi MUKMIN. Mukmin yang sempurna? Oh, MUSTAHIL . Tiada yang sempurna melainkan DIA. Dan tiada yang mampu menjadi seperti kekasih yang diberi mukjizat oleh Nya .

" Habistu macam mana? Susah lah. Bila nak berubah, ada saja ujian. Lepastu jatuh balik. Iman susah nak kekal menaik. "

Bukankah itu alasan orang yang malas berusaha ?? Sekali lagi, kita hamba yang beruntung! Kita punya senjata, punya perlindungan dan pertolongan, punya tempat bergantung. Allah beri akal, beri anggota sempurna. Itu lah alat-alat yang harus diguna untuk BERUSAHA. Bukan sekadar menggunakan mulut sahaja memberi alasan dan menyatakan segalanya SUDAH TAKDIR ~

Itulah aku. Itulah engkau. Dan itulah kita, MANUSIA. =)


كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)" (Aali Imran 3:110)

Usah risau jika belum sempurna, kerana itu mustahil. Risaulah jika tiada usaha menjadi sempurna kerana Allah soalkan usaha bukannya hasil :)

- Nur -




BARAKALLAHU LANA :)

Wednesday, December 26, 2012

Layakkah Syurga ?





Ah ! Sikap manusia kadang sungguh tiada batasan.
Terus-menerus dizahir tanpa peradaban
Yang kian lama wujud dalam komuniti kehidupan,
Tapi langsung tidak menjadi pedoman.

Dengan kelancangan sikap itulah,
Tanpa sedar, begitu banyak tangisan dari pelbagai hati
Namun keegoan lebih berkuasa
Tiada langsung kerendahan hati saling bersaudara.  
Lagaknya bagai tiada balasan.
Persis iblis yang sombong mengingkari arahan.

 
Tak perlu banyak berbicara,
Ingat saja,
Allah itu adil,
Allah itu berkuasa atas semua,
Dan Allah itu mengetahui segalanya.

Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong”, kemudian seseorang berkata: "(Ya Rasulullah) sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus", Beliau bersabda: "Sesunguhnya Allah itu indah dan Dia  menyukai keindahan, (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain" (HR. Muslim)



- Nur -


BARAKALLAHU LANA :)

Monday, December 24, 2012

Pray for them.




Melihat penderitaan mereka,
Cukup benar kata pepatah.
Berat mata memandang,
Berat lagi penderitaan ditanggung.

Hampir setiap hari,
Setiap masa dan ketika.
Ketenangan tak pernah dirasai,
Saban waktu bingit dengan bunyi tembakan,
Sayu dengan teriakan tangisan.
Ketenangan cuma ada dihati mereka,
Yang kuat ikatannya dengan Rabb,
Yang rindu mendamba syaheed.

Kita cuma melihat,
Derita mereka yang merasa.
Ditindas dan disiksa,
Dibunuh dan diperkosa,
Golongan laknatullah bermaharajalela,
Yang penuh dengan pura-pura.
Lantas bagaimana dengan kita?
Yang mengaku bersaudara..

Maka dengan sepenuh jiwa,
Pejamkan mata,
Azamkan di hati,
Kita juga akan bersama mereka.
Bersatu mengangkat senjata,
Biarpun cuma senjata doa.  

pray for GAZA and SYRIA <3


 

- Nur -
BARAKALLAHU LANA :)

Wednesday, October 24, 2012

Hasrat Hati.



Kehendak hati,
tidak pernah punya pendirian. 
Kerana itu,
kadang-kadang aku tersasar.
Dalam mencari kehendak hati,
ada kalanya aku tersalah tafsir.
Aku tersalah menentukan,
Yang mana kebaikan atau kekhilafan. 
Dan setelah itu,
aku sendiri sesal, buntu jalan membetulkan.

" Sesungguhnya  aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran danSunnahku.”


Maka itulah,
Menjadi panduan terbaik buat hasrat hati,
Mencari erti ketenangan yang sebenar. 

- Nur -

BARAKALLAHU LANA :)

Wednesday, August 8, 2012

Love Is Still There..

Keeping a friend is as difficult as losing one.
You sacrifice a lot to keep them.
I may not have sacrificed enough for you,
But in my heart I swear I’m keeping you...


A strong friendship,
Doesn't need daily conversations..
Doesn't always need togetherness..
As long as the relationship lives in the heart,
TRUE FRIENDS will never apart..


Bila terlalu bersama,
Kadang terlupa menghargai,
Kala menjauh dan hilang,
Saat itu baru tersedar akan kehadiran..
Mungkin ketika itu,
Rindu pun akan menyubur.
- Nur -

BARAKALLAHU LANA :)

10 MALAM TERAKHIR.

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.

2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.

3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.

6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.

7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.
BARAKALLAHU LANA :)

Saturday, August 4, 2012

Malu ...




Jangan malu untuk bertaubat kerana banyak melakukan dosa,
Tetapi malu untuk melakukan dosa kerana sudah banyak bertaubat.

- Hamka -



BARAKALLAHU LANA :)

Friday, August 3, 2012

Menangis..

 Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah bersabda ;
"Ada 7 orang yang dilindungi Allah dibawah rahmatNya di akhirat, iaitu ;
  • Imam (pemerintah) yang adil
  • Pemuda yang menggunakan masa remajanya untuk mengabdikan diri kepada Allah
  • Lelaki yang hatinya sentiasa di masjid
  • Orang yang mengasihi satu sama lain, bertemu, berpisah dan bersaudara semata-mata kerana Allah
  • Lelaki yang digoda oleh wanita tetapi ia berkata, 'Aku ini takut kepada Allah!'
  • Orang yang bersedekah dan menyembunyikan sedekahnya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.
  • Orang yang ingat Allah, bersunyi diri sehingga berlinangan air mata.

Sabit Banani berkata ;
Seorang wali Allah pernah berkata, "Aku mengetahui doaku yang mana akan diperkenankan."
Beliau ditanya, " Bagaimana ?"
Beliau menjawab, " Ketika berdoa jika bulu roma telah tegak, hati berdebar dan air mata berlinangan, maka doa itu nescaya diterima. "

Sesungguhnya orang yang mampu mengalirkan air mata , mampu memaksa dirinya benar-benar takut kepada azab dan menyesali dosa hingga timbul ketakutan dan kegerunan dalam hati ada dua kelebihan ;


- IKHLAS
 Bukan mudah untuk memaksa diri menyesali dosa-dosa, apatah lagi hingga mengalirkan air mata. 

- TAKUT HINGGA MENGALIR AIR MATA
Dengan pelbagai unsur-unsur mazmumah dalam kehidupan, bukanlah senang untuk sentiasa takut dan ingat kepada Allah dan janjiNya.

Jadi, untuk perkara yang tidak mudah ini haruslah sama-sama kita paksa diri melawan hawa nafsu kerana sesungguhnya jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu. Paksa juga untuk menangis dihadapan Allah kerana air mata itu mampu melembutkan hati yang keras.
Terdapat 2 jenis dua jenis mata yang tidak akan disambar di api neraka. Mata itu adalah :
  • Mata yang berjaga kerana berjihad ke jalan Allah
  • Mata yang berjaga kerana menangis takutkan Allah

Hasan al-basri berkata,"Jika mata seseorang menyucurkan air mata kerana takut Allah, maka dia mengharamkan neraka menyentuh tubuhnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata,"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."


“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ” Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, …

BARAKALLAHU LANA :)

Friday, July 20, 2012

Datang Lagi :)

Sekali lagi ia datang.. 
Membawa peluang dari Sang Pencipta. 
Menawarkan berjuta ganjaran.
Tanda kasih dari Dia,
Yang membantu kita dekat denganNya.. 


 RAMADHAN
Melangkah dengan persediaan dan matlamat,
Melaluinya dengan mencari redha Allah
Melaluinya dengan berusaha mendapat Taqwa
Melaluinya untuk mendapat Rahmat dan Maghfirah
Melaluinya untuk bebas dari api neraka
Melaluinya dengan mencari kesabaran
Melaluinya untuk mencari syurga
Dan melangkah keluar dengan kesucian
Serta harapan boleh menjadi insan istiqamah
Dalam mengejar Cinta Suci dariNya =)

- Allahumma bariklana fi Rajab wa Sya'ban, wa Ballighna Ramadhan - 



3 Golongan Orang Berpuasa

1 - Puasa Awam
Puasa orang awam adalah puasa yang telah lulus dari sudut rukun dan syaratnya. Sekalipun seorang itu berpangkat Tan Sri mahupun Tun sekalipun, jika puasanya setakat menahan diri daripada melakukan perbuatan yg membatalkan puasa, maka puasanya itu adalah puasa orang awam.

2. Puasa Khusus
Maksudnya seseorang yang berpuasa dan menjaga juga anggota zahir daripada melakukan perkara yang haram dan berdosa.. sekalipun perbuatan itu tidak mengakibatkan puasa terbatal.. iaitu menjaga mulut daripada bercakap perkara yang haram dan berdosa, menjaga mata daripada melihat perkara maksiat, menjaga telinga, tangan, kaki dsb daripada melakukan perbuatan yang dilarang.

3. Puasa Paling Khusus
Inilah peringkat tertinggi dalam berpuasa.. Bukan setakat menahan diri daripada melakukan perbuatan yg membatalkan puasa dan menahan anggota zahir daripada melakukan maksiat dan dosa.. lebih daripada itu, golongan ini menjaga anggota batin daripada memikirkan perkara dosa dan maksiat.. juga menjaga hati daripada sifat-sifat keji spt riak, takabbur dsb.
Puasa peringkat ini adalah seperti puasa para Nabi, sahabat, dsb.


KITA INGIN MASUK KEDALAM GOLONGAN YANG MANA ???



BARAKALLAHU LANA :)

HANYUT dan KEMBALI ..

Hanyut lagi..
 Ingin kembali , tapi malu menguasai..
Sering mengambil jalan bertangguh.
 Lupa, waktu bukan ditangan sendiri.
Sempat atau tidak untuk kembali ?
  Hanya persoalan tanpa tindakan..

Jiwa yang kosong tanpa cinta,
 Lantas memberi kesan kepada semuanya..
 Amanah Allah terabai,
Pesanan ibu ayah ditinggalkan,
 Sahabat disisi tak dihiraukan,
Diri sebagai hamba tidak dipedulikan
 Sekaligus timbul titik noda hitam
Menutupi ruang hidayah didalam hati. 

Sekali tersedar,
 Hati kian keras.
Sudah tak mampu menangisi kekhilafan
 Sudah tak mengalir air mata keinsafan
Sudah hilang kegerunan terhadap azab yang dijanjikan..

Ya Allah ! HambaMu kian jauh.
HambaMu kian lemah.

Aku tersedar.
 Aku harus kembali.
Harus menjaga kembali amanah denganNya,
 Harus mengambil jaga semula pesanan orang tua
Harus berperanan lagi sebagai hamba.
 Harus mencari kembali sahabat yang aku tinggalkan.
Gara-gara kekacauan dalam sekeping hati..


Aku tersedar.
 Hati harus dileburkan dengan TAUBAT
Air mata harus dipaksa keluar,
 Keinsafan harus dipenuhkan dalam ruang jiwa,
Keyakinan terhadap janjiNya harus dicari kembali..

Mendatangi azam dan cita-cita..
 Mendapatkan maghfirah,
Meraih rahmat dan redha,
 Seterusnya ketenangan dan kebahagiaan yang akan ku temui.
Itu janjiNya :)


- Nur -
BARAKALLAHU LANA :)

Wednesday, May 2, 2012

Mungkin Nanti..

Apabila tiba masanya nanti,
Kita akan berpisah,
Mencari kejayaan dalam haluan dan cara sendiri..

Tapi teman,
Jangan biarkan hati kita turut menjauh,
Seperti jauh kita pada zahirnya..
Jangan biarkan tautan hati kita turut longgar,
Seperti sukarnya tangan kita untuk bertaut tika itu..

Jagalah jalinan ini,
Peliharalah ukhwah yang dianugerahkan ini,
Agar tarbiyah yang telah kita terima,
Dapat sama-sama kita pegang erat,
Dalam perjalanan menuju redhaNya...

Sahabat,
Biarpun nanti kita ada jalan hidup sendiri,
Semoga kita tak lupa,
Landasan kita tetap satu. 

"Barang siapa mahu diberikan darjat qaswa pada hari qiamat, maka hendaklah dia bersahabat dengan siapa sahaja semata-mata kerana Allah"
 ~ Imam Abu Suud bin Abi Asyair ~






  
- Nur -
BARAKALLAHU LANA :)

Thursday, April 19, 2012

Kembali Menyendiri..



Kadang kadang apa yang terlahir,
Bukan lah yang sebenar-benarnya..
Kerana yang sebetulnya ingin terzahir,
Aku telah sedaya menutupnya..

Saat ini, aku tersedar..
Ternyata bukan mudah seperti yang disangka..
Terlalu banyak dugaan dan godaan..
Saat aku sedang berusaha. 

Kini baru aku tahu, 
Tiada lagi yang boleh dipercayai..
Selain Dia.

Tiada lagi yang boleh menjadi tempat mengadu..
Selain Dia. 
Hanya Dia..
Sang Pencipta..

Menyendiri..
Itu lebih menenangkan hati..
Biarlah seperti dulu, bukan kini.
Cukuplah sampai disini..

Aku ingin sendiri..
Dalam menyulam cinta Ilahi..
Izinkan aku pergi.... 




- Nur -

BARAKALLAHU LANA :)

Monday, April 9, 2012

Jiwa Kacau

N    : " Ukhti, jiwa ana kacau sekarang. Berikan ana secebis nasihat. "
Z      : " Ana tahu, ana nampak dari riak muka anti.. Ada apa sebenarnya ? "
N     : " Satu demi satu tersingkap.. Membuka kembali sesuatu yang ana dah cuba tutup. "
Z      : " Bagi ana, lebih baik biarkan ia terbuka.. Daripada anti tutup di luar, tapi sebenarnya masih sakit dalam hati..Umpama kaca dalam luka.. Biarkan luka tu terbuka, lama-lama kaca tu akan keluar jugak. Daripada anti terus tutup dan biarkan kaca kekal berada dalam luka tersebut. Itu lebih sakit sebenarnya.. Jadi, biarkan luka tu terbuka dan insyaALLAH, kaca tu akan keluar sendiri. :) "
N     : " Jujurnya, memang terlalu sakit ana tutup sesuatu dalam keadaan ia belum tenangkan hati ana sepenuhnya.." 
Z      : " Ya, ana faham. Sakit sangat. Jadi, anti cuba untuk lupakan. Lama-lama akan hilang jugak. Lagi satu, sandarkan semuanya pada Islam. Rujuklah, apa yang Rasulullah akan buat jika berada dalam situasi-situasi tertentu. Ingat, jiwa kacau memakan masa yang sungguh lama. Mengganggu fizikal dan mental. Kadang-kadang amanah kita dengan Allah pun terganggu disebabkan jiwa kacau.."








BARAKALLAHU LANA :)

Thursday, March 29, 2012

Pilih sahabat, bukan kekasih :)

UKHWAH itu, lebih manis daripada bercinta :)
Maka pilihlah sahabat yang boleh berjalan seiring hingga kesyurga,
Daripada terjebak dengan dunia percintaan dengan ajnabi
Untuk mengisi dunia remaja yang sungguh mencabar,~

Dan, jadikan usia remaja ini indah dengan kenangan-kenangan persahabatan..
Berbanding, memori-memori derita dalam percintaan....
ITU LEBIH INDAH, ITU LEBIH DEKAT DENGAN ALLAH :D


"La yu'minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu li nafsihi"

"Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya." 


- Nur -

BARAKALLAHU LANA :)

Friday, March 16, 2012

Maaf, Entah Dimana...


Walau kekeliruan sering menjengah..
Namun kugagahkan untuk mengalah..
Biarpun kesakitan yang memanah..
Biarlah ia jadi bukti mujahadah.. 








Tiada lagi kata dapat ku ucapkan..
Tiada lagi bait yang mampu ku uraikan..
Habis sudah perkataan diingatan..
Untuk ku ceritakan..



BARAKALLAHU LANA :)

Wednesday, March 14, 2012

Melukis Pelangi..

Aku sampai pada keadaanku yang sekarang adalah dengan perjuangan
Dan selama nafas ini masih terus berhembus
Selama itu pula aku dan semua manusia akan terus berjuang
Berjuang dan terus berjuang

Kehidupan di dunia adalah sebuah perjuangan tanpa henti
Sejak lahir hingga akhir hayat semua dari kita berjuang
Tengok saja seorang bayi berjuang untuk membiasakan diri dengan lingkungan asing yang ia belum pernah kenal sebelumnya
Seorang ibu berjuang untuk mendidik anak-anaknya menjadi generasi yang unggul

Seorang ayah berjuang mati-matian untuk menfkahi keluarga
Seorang pelajar berjuang untuk meraih ilmu
Yang miskin berjuang untuk bisa mendapatkan kehidupan yang layak
Yang sedang jatuh cinta berjuang untuk menahan rindu
Yang baru bertudung berjuang untuk tidak tergoda dan membuka tudungnya

Suami isteri berjuang mengharungi bahtera rumah tangga
Yang terkena musibah atau ditinggal orang yang dikasihi berjuang dengan sabar dan tabah menjalani kehidupan
Yang berselisih berjuang untuk damai
Dan setiap hamba Allah berjuang untuk kembali pada Allah serta memiliki tugas untuk memperjuangkan agama Allah menyebarkan kebaikan dan kasih sayang kepada seluruh makhluk bumi

- Oki Setiana Dewi -

BARAKALLAHU LANA :)

Monday, March 12, 2012

Maafkan lah..

Bismillah..

Kesalahan itu fitrah buat semua apabila hidup dalam masyarakat. Pastinya ada saja kesilapan yang pernah dilakukan, yang pernah menggores hati orang, yang pernah menyeksa hati orang lain. Benar, semua pernah!
Dan pasti, kemarahan itu menjadi tetamu yang seringkali bertandang dalam hati.

Kemarahan, dendam.. Yang hanya menyesakkan dada. Lepaskanlah! Jangan biarkan dendam mengotori hati.. Jangan biar kemarahan menjadi penyebab permusuhan yang akan memutuskan ikatan silaturrahim. Maafkanlah kesilapan orang lain.. Redhakan saja walaupun perit. Tapi, itulah yang indah sebenarnya..

Dengan memaafkan orang lain, hati akan lebih tenang dan bibir akan sentiasa menguntum senyuman..
Ikut saja akhlak Rasulullah. Baginda mampu memaafkan kesilapan orang lain. Tetapi kita? Jika dibandingkan, Rasulullah lebih terseksa ketika diuji. Namun, baginda mampu melafazkan kata-kata maaf. Kita hanya diuji sedikit. Tapi rasa ego yang melambung tinggi..

Cuba bayangkan.. Tatkala kita berkeras tidak mahu memaafkan kesilapan seseorang, ada orang lain yang juga berdendam dengan kita. Bagaimana perasaan ? Kita tidak sentiasa baik, ada juga kesalahan yang pernah dilakukan. Jika kita tidak dimaafkan, pahala kita kan dituntut diakhirat. Mahukah kita terlepas syurga?

Tetapi, macam mana kita nak dimaafkan sebelum kita memaafkan? Belajarlah dan biasakan diri untuk rapat dengan lafaz MAAF. Sama-samalah memaafkan.. Moga hati lebih tenang, moga soal akhirat jadi senang.. InsyaAllah, Biiznillah :)

- Nur -
BARAKALLAHU LANA :)

Bukakan hatinya.. Ya Rahim :)



Menangis aku, saat kau lari tanpa pandangan..
Tapi kau beri aku kata-kata sindiran yang mengelirukan..
Apa dalam hatimu, teman?


Kau tolak ketepi..
Aku bagaikan langsung tak dihargai..
Dan kini, aku yang bingung mencari..
Dimana kekhilafan diri..

Zahirkan bicara hatimu..
Jika memang ada yang tersimpan..
Tentang kesalahan atau keterlanjuran..

Jangan biar kedinginan menghanyutkan..
Kemesraan dan kenangan..
Dalam sebuah ikatan persahabatan..

Sahabat, aku pinta..
Bukalah matamu..
Pandanglah dengan pandangan menjauh..
Fikirlah dari segala sudut..
Agar kebaikan itu datang dengan kebahagiaan..

Sungguh, aku mencintaimu sahabat <3



Ya Allah, jika aku memang bersalah...
Bukakan hatinya untuk bisa melafazkan kata maaf..
Jika kesalahan itu, bukan dari ku..
Bukakan mata hatinya untuk melihat kebenaran.. 

- Nur -


BARAKALLAHU LANA :)

Thursday, February 9, 2012

Kembalilah !



Engkau..
Hilang dari pandangan mata..
Hilang dari pandangan jiwa..

Engkau yang dulu..
Hilang sudah kini..
Mungkin sukar ku temui kembali..

Aku Rindu..
Detik sebuah persahabatan..
Kenangan dan memori semalam..

Aku Rindu Engkau Yang Dulu..
Yang menyapa dengan senyuman..
Yang setia sebagai seorang teman..

Sahabat,
Kenapa kau lemah berhadapan cubaan dunia ?
Kenapa kini kau hanyut bersama arus kepalsuan ?
Sedangkan dulu kau yang beri aku madah kekuatan..
Biar aku tak rebah bersama kehinaan..

Teman,
Aku ingin kau kembali..
Menjadi teman yang dahulu..
Yang setia dengan tazkirah..
Yang memegang erat sebuah ukhwah..




- Nur -




BARAKALLAHU LANA :)

Harus Kedua-duanya..



Jika kau kehendaki..
Bukan hanya dengan keinginan..

Meskipun kau usahakan..
Mustahil itu tanpa izinNya..

Walaupun kau berdoa..
Takkan berhasil tanpa cara..

Maka kedua-duanya..
Harus kau tempa..
Tawakkal dan usaha..
Itu yang disebutNya..

 Suatu hari seorang lelaki datang berjumpa Nabi s.a.w. Lalu Nabi bertanya: Kamu datang dengan apa?Jawab lelaki itu: Dengan unta. Aku biarkan di luar dan aku bertawakal. Nabi berkata: Ikat dulu, baru tawakal.

-Nur -

BARAKALLAHU LANA :)

Wednesday, February 1, 2012

Betulkah Cara Kita ?

Situasi di sebuah bus-stop tepi jalan. Hujan lebat. 4 orang di situ. Satu pasangan muda laki pompuan, dan 2 pemuda. Kelihatan si lelaki membuka payungnya lalu menggapai bahu si gadis, cuba untuk melintas jalan dalam hujan lebat...

Pemuda 1 bercakap-cakap dengan Pemuda 2 sambil memandang ke tempat lain.

Pemuda 1: Tak payahlah nak payung-payung..kan? Kalau dah couple haram tu, payung macam mana pun tak boleh lari dari dapat murka Allah. Cubalah sediakan payung pada azab Allah kalau boleh.

Pemuda 2: Ha'ah la. Yang haram ni la rasa lazat dan nikmat semua. Rasa bahagia dapat payungkan pasangan. Rasa romantik, rasa bertanggungjawab la kononnya. Si pasangan pula berbunga-bunga rasa dapat dipayungkan. "Fuh, bestnya dapat pakwe camni!"

Tanpa disedari, perbualan didengari jelas oleh si lelaki dan si gadis.

Lelaki: Bro, kalau couple haram dapat dosa, mengata "baling batu sembunyi tangan" ni sama juga dapat dosa. Lebih kurang mengumpat wlpn depan2. Adakah bro-bro rasa ni nasihat sinis yang terbaik utk dakwah orang? Kalau nak nasihat, apa kata bro datang kat saya; beri salam elok2, then sembang ringkas dua tiga patah, tanya saya siapa, duk mana..taaruf ukhuwwah fillah ringkas2. Jalinkan kemesraan dengan muka manis. Kemudian tanyalah saya siapa orang sebelah saya ni. Kalau couple saya, nasihati dan doakanlah saya. "Oh..awek ke..kahwin cepat-cepat tau. Allah.. kahwin ni antara pintu2 utama rezeki. Best gile ah kahwin ni. Bro doakan korang dimurahkan rezeki dan dapat kahwin cepat-cepat. Biar lancar segala urusan. Makin cepat makin bagus kalau ikut Islam. Makin bertangguh, makin banyak dugaannya." Susah ke? Barulah sesuai dengan 3 metode anjuran al-Quran:

Satu, "Bil Hikmah" (dengan hikmah)
Dua, "Bil Maui'zatul Hasanah" (dengan nasihat yang baik)
Tiga, "Wajadilhum billati hiya ahsan" (berbahas dengan cara yang baik)

Gadis: Actually, ni husband sy. Baru je kahwin bulan lepas. Kahwin muda. Saya 18, husband 25.

Lelaki: Maaf, kami minta diri dulu. Maaf andai terkasar bahasa. Assalamualaikum wbt.

Pemuda 1 dan pemuda 2 terkesima pening-pening lalat kena sedas-dua tazkirah dalam hujan lebat.

-----


Syabab Musafir Kasih
BARAKALLAHU LANA :)

Wednesday, January 25, 2012

Cintai DIA..


Bukanlah mudah mendidik hati..
Didatangi nafsu yang minta dilayan..
Tapi tak sukar membenteng diri..
Jika cinta Ilahi dalam ketaatan..

Sudah tiba waktunya..
Hati diuji dengan fitrah manusia..
Yang bakal menentu masa hadapan..
Yang akan membawa tanggungjawab ujian..

Sememangnya hati ini tidak kuat..
Untuk tidak bergantung dan mengharap..
Dan pasti lemah itu mengharap pada yang kuasa..
Dan tiada yang berkuasa selain DIA.



- Nur -

BARAKALLAHU LANA :)

Tuesday, January 24, 2012

Sabarlah...



Dugaan itu sudah berkali-kali menjengah..
Sampaikan aku letih mengalirkan air mata..
Begitu menyakitkan sekeping jiwa..
Yang masih lemah dengan cinta Sang Pencipta..

Dan kini, aku mengajar kepada diri..
Makna dan erti sebuah keredhaan..
Aku menenangkan sekeping hati..
Sabar.. Dan bahagia itu bakal datang.. :)


- Nur -


BARAKALLAHU LANA :)