Saturday, October 1, 2011

Menegur

Alhamdulillah, seronok bila ada orang yang bertanggungjawab menegur kesalahan orang lain. 'Amar Ma'ruf Nahi Munkar' kan?

Tapi, dalam menegur tak semestinya kita bebas menggunakan apa cara sekalipun. Kita tetap harus meneliti beberapa perkara sebelum menegur orang lain.

1 - Sewaktu mengenalpasti kesalahan orang lain.
---> Tengok dulu jenis kesalahan untuk mengatur cara menegur. Apakah kesalahan itu kesalahan yang berat, sederhana, ataupun kecil.

2 - Mencari waktu dan keadaan ataupun cara yang sesuai untuk menegur.
---> Ini lebih kepada menjaga maruah orang yang ingin ditegur. Jangan menegur orang lain dikhalayak ramai. Sebolehnya, tegur secara peribadi agar orang yang ditegur tidak akan berasa dipermalukan.
Cara, fikir cara yang lebih baik untuk menegur. Contohnya, katakan seseorang yang bersalah tu mempunyai kawan baik ataupun dia adalah seorang yang berlawanan jantina dengan kita.. Sebaiknya kita gunakan kawan baiknya untuk menegur. Kalau berlawanan jantina, suruhlah orang yang lebih tepat untuk menegur tanpa dihebah-hebahkan dan dibesar-besarkan kesalahan orang tersebut.

3 - Cara bercakap.
---> Jangan menegur dengan bahasa yang kasar dan mengguris hati orang yang ditegur. Silap-silap, orang yang ditegur tidak akan berubah malah akan menyimpan dendam lagi.

4 - Jaga maruah diri sendiri dan orang lain.
---> Jika anda silap cara menegur, anda akan menjatuhkan maruah anda sendiri secara tak langsung. Dan besar kemungkinan, orang disekeliling anda juga akan terkena tempiasnya meskipun itu adalah tindakan dari anda sendiri.
BARAKALLAHU LANA :)

No comments: