Friday, July 1, 2011

Solat..



Dalam rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 pagi tadi, seorang penceramah menerangkan ayat Al-Quran diatas.

Pertama : baris ayat "Hafizu 'alasolah".. Seperti semua tahu, Allah memerintahkan semua manusia dalam kitabNya.. "Jagalah solat!".

Kedua : sambungannya "wassolatil wustha" . Yang bermaksud "dan jagalah terutamanya Solat Wusta" Penceramah itu menerangkan apakah itu Solat Wusta? Banyak pendapat tentang solat wusta. Imam Syafie menyatakan, Solat Wusta itu adalah solat subuh, kerana solat subuh adalah solat yang sukar dilaksanakan berdasarkan waktunya. Ada ulama' lain menyatakan solat wusta itu adalah solat zohor, dan ada lain yang menyatakan solat wusta adalah solat asar, juga maghrib dan isyak. Tapi, kita buat kesimpulan, kita ambil semua pendapat ini dan ini bermakna semua solat fardhu adalah diutamakan untuk dijaga.

Ketiga : baris terakhir "waqumu lillahi qanitiin" bermaksud "dan berdirilah kerana Allah dengan Qanitiin".. Apakah itu Qanitiin? Qanitiin ialah :-

Qunut dalam solat yakni ;

1- Tidak bercakap dalam solat. Pada awal kedatangan Islam, pernah terjadi ketika Rasulullah sedang solat, seorang sahabat memberi salam lalu Rasulullah menjawab salam tersebut. Ayat ini diturunkan sebagai perintah bahawa tidak boleh bercakap ketika sedang bersolat kecuali bacaan-bacaan dalam solat sahaja.

2- Khusyuk dalam solat. Yakni memberikan perhatian sepenuhnya kepada Allah dan merasakan bahawa Allah sedang melihat serta berasa rendah diri sebagai hamba.

Semoga kita sentiasa di bawah rahmatNya.. :)

- Tanyalah Ustaz -
BARAKALLAHU LANA :)

No comments: