Posts

Showing posts from June, 2011

Sungguh..

Image
Sungguh, tak dapat dinafi..
Perasaan ini telah bersemi..
Biar dicantas dengan segala upaya..
Tetap bertunas kembang mekar..
Bagai disiram baja belaian..

Sungguh, tak dapat menafi..
Hati ini bagaikan melayang..
Pantas istighfar meniti di bibir..
Kerana fitrah tak dapat dilawan..
Hanya akal bisa mengawal..

Wahai..
Sesungguhnya sebagai manusia..
Lafaz 'tidak' itu hanya dusta...

Wahai..
Jika syari'at tidak menghalang..
Salammu ingin sekali kusambut..
Namun perasaan hati harus dihijab..
Agar tak terhijab syurga buat jasad..

Wahai..
Harus kau tahu..
Tak akan pernah bibirku berbicara..
Jika lafaz amanat itu belum disuara..
Jika salammu belum disambut tangan waliku..

Ya Tuhan..
Pelihara kedua hati ini dari bergelora..
Kala dekat berada..
Meskipun kalimat bibir tersembunyi..
Hanya hati saling mengetahui..


- Nur -

Isra' Mikraj

"Maha suci (Allah) yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad
s.a.w.) pada suatu malam hari, dari masjidil Haram ke masjidil Aqsha, yang telah Kami berkati sekelilingnya, karena hendak Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha melihat." (Al-Isra' ; 1)


Setiap kali mendengar ceramah-ceramah tentang peristiwa isra' dan mikraj, kita akan diperdengarkan bagaimana perjalanan Rasulullah dan apa yang berlaku sepanjang perjalanan tersebut. Bagaimana kalau ditukar sikit pengisisan untuk tazkirah tentang isra' dan mikraj ni? Bukan apa, takut orang lain bosan akan pengisian yang sama. Bimbang juga orang dah tak ambil peduli tentang ini.
Untuk tazkirah kali ni, kita ingat kembali apa yang Rasulullah dapat daripada peristiwa itu dan bagaimana kita menghargainya.. =)

Mari kita ingat kembail..
Pada 27 Rejab, Rasulullah melalui peristiwa Isra' dan Mikraj dimana sepanjang peristiwa itu, pelbagai kebesaran Allah diperlihatka…

Perlukah?

Image
Perlukah setiap rentak jari mengikut irama hati?
Perlukah kaki melangkah dengan bangga bermegah?
Perlukah air mata menitis kerana dilema puitis?
Perlukah lidah dilukai kerana sedikit kesilapan diri?
Perlukah ukhuwah berdarah kerana sikap yang gundah?

Sesungguhnya tidak semua irama itu merdu..
Sememangnya tiada kemegahan buat seorang hamba yang hanya mampu merayu..
Seharusnya puitis tidak bisa beraja dikalbu..
Sesungguhnya kesilapan tidak hanya melihat dan berlalu..
Dan seharusnya, darah kegundahan itu bersifat malu.

- Nur -

Muslimah Vs Putus Cinta

Umum kita sudah mengetahui bahawa berpasangan, bercinta, couple selain daripada hubungan sah suami isteri dan apa sahaja istilah yang seerti dengannya adalah haram di sisi agama kita Islam.

Walau bagaimanapun, jika kita lihat pada generasi kita yang bergelar remaja sekarang, ramai yang hanyut dalam arus percintaan. Setelah terngadah baru tersedar bahawa cinta yang terbina itu memakan diri sendiri. Cinta yang terjalin tadi akhirnya sia-sia, punah seribu harapan, impian, dan janji-janji.

Nasi sudah menjadi bubur, penyesalan memang akan tetap singgah. Kesunyian akan menerpa. Namun ingat wahai muslimah! Jangan pernah berkata yang hati anda kosong hanya kerana 'I have no boyfriend' sebab Allah tetap ada. Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan kepercayaan kepada-Nya.

Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar bahawa peluang tidak datang bergolek, begitu juga dengan jodoh. Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga dipertemukan dengan lel…

Tangan ini..

Image
Tangan ini..
Adalah tangan pinjaman..
Sebagai pelaksana janji..
Yang dulu pernah dipateri..

Seringkali tangan ini..
Melupai kejadian asalnya..
Menyusur jalan tanpa peduli..
Membenci keringat yang membawa syurga..
Menolak seruan jihad di hati..
Membangkang kemuliaan dari bertakhta..


Kesedaran kadang-kadang menyapa..
Tatkala waktu menyepi..
Tika bersendiri bertemankan indah purnama..
Tika suara ciptaan memecah sunyi..

Keinginan mula mengusik hati..
Ingin keluar dari jalan kejahilan..
Ingin menuju cahaya kesedaran..
Ingin kembali dekat dengan Tuhan..


Namun tangan ini..
Sering ditarik oleh mereka..
Dari jalan-jalan derita itu..
Sering ditutup matanya..
Dari melihat cahaya murni itu..
Sering jua tangan ini..
Dipujuk menjauhi..
Sebuah jalan lurus yang hakiki..

Ya Allah..
Tangan ini ingin meminta..
Tangan ini ingin memohon..
Tangan ini ingin merayu..
Tangan ini ingin kembali..

Tetapi tangan ini..
Sentiasa tersentuh rasa malu..
Malu untuk menadah..
Malu untuk melangkah..

Ya Allah..
Kurniakan…

Masihkah?

Image
Mungkinkah kebahagiaan itu masih tersisa untukku?
Setelah kepahitan menimbuskan semuanya kedasar bumi..
Masihkah akan kurasai kegembiraan?
Setelah harapan semakin larut dengan air mata..
Mampukah ku pandang rupa mereka?
Setelah wajah-wajah itu dilumur kebencian..

Muncullah kebahagiaan..
Membawaku melawan kepahitan durjana..
Kuatlah harapan..
Agar tidak terus larut dengan air mata sia-sia
Sirnalah kebencian..
Agar dapat ku hulurkan kemaafan pinjaman.


- Nur -

Remaja

Image
Bukakan matanya..
Kejutkan hatinya..
Bangkitkan jiwanya..
Bangunkan perasaannya..
Sedarkan mindanya..
Dari terus nyenyak diulit mimpi tanpa lena..
Yang menjanjikan indah dalam derita..
Yang berdusta dalam lafaz cinta..
Yang menyeksa dalam ketawa..
Yang menyatakan neraka itu syurga..
ALLAH !!
Bantu dirinya..
Menyedari sebuah janji palsu..
Mengenal erti cinta yang satu..
Memahami makna ketawa bisu..
Mencari kasih abadi, menghindar syurga palsu..


- Nur -

Qiamullail...

Image
Kala kelam menyapa malam..
Hening terasa nyaman..
Kala suria mengundur diri..
Diganti purnama menerangi maya..
Hadirnya detik indah buat sebuah pengabdian..

Mensyukuri, menginsafi, memohon..
Sekali menambah bekalan yang dipohon..
Sebuah janji dilafazkan dulu,kini dikotakan..
Sebagai umat Rasul, sebagai hamba Ar-Rahman..

Menjadi penghubung antara hamba dan tuan..
Menjadi penolong dari kesulitan..
Menjadi sebuah talian bantuan..

Sebuah jalan yang dibuka..
Melancarkan perjalanan seorang hamba..
Menuju mahligai syurga..
Itulah hebatnya..
Sebuah QIAMULLAIL yang dicerita..


- Nur -