Tuesday, May 31, 2011

Air Mata


Air mata itu..
Air mata dari hati..

Air mata itu..
Air mata yang menginsafi..

Air mata itu..
Air mata yang takutkan AL-HADI

Air mata itu..
Air mata yang menitis kerana meresahi..

Air mata itu..
Menitis meresahi akan binasa di Hari Abadi..

Adakah air mata itu penyelamat dari kepanasan api?
Wahai Allahu Rabbul Izzati..?
Dimanakan ditemui jawapan buat persoalan hati?

Hasan al-basri berkata, "Jika mata seseorang menyucurkan air mata kerana takut Allah, maka Dia mengharamkan neraka menyentuh tubuhnya. Jika airmata mengalir ke pipinya maka wajahnya tidak hitam dan hina pada hari kiamat."

- Nur -

BARAKALLAHU LANA :)

CINTA

Cinta itu ibarat air..
Hadirnya menggembirakan..
Hilangnya adalah sengsara..

Yang jernih menjadi idaman..
Yang jernih itu menenangkan..
Yang jernih itu yang membahagiakan kehidupan..

Tetapi, jika ia keruh..
Tentu sukar jernihkan kembali..
Kecuali, jika cinta itu adalah CINTA RABBUL IZZATI



- Nur -

BARAKALLAHU LANA :)

Tindakanku Bila Diuji Lelaki

1-Ingat dan berpegang pada prinsip.
Fikirkan masa depan yang panjang,utamakan wawasan akhirat yang berkekalan.Cintaku milik Allah..!!


2-Apabila gangguan mereka membuatkan mereka asyik bermain di fikiran,
segeralah beristighfar dan berzikir.Bacalah al-Qur'an kerana ia warkah cinta daripada Pencipta agar cintamu pada Allah tidak sirna.


3-Apabila dia sering menelefon,
kalau tak angkat nampak sombong sangat.Bagi mereka yang tak faham Islam,mereka akan rasa terhina dan sakit hati,bahaya juga untuk keselamatan diri.Jadi langkah terbaik,betulkan niat kerana Allah, berikannya kesedaran tentang tidak patutnya berhubung,sehikmah mungkin.Pastikan aku cukup bertegas dalam hal ini agar dia takkan menghubungiku lagi.Kalau hati mereka ada hajat kebenaran,kenalkan mereka nama-nama pensyarah yang soleh dan berpotensi sebagai pendidik.

AWAS..!!Pastikan kau sentiasa cuba mencari jalan keluar untuk memendekkan perbualan agar kau tidak terjerat dengan cinta dan pastikan ia adalah perbualan yang pertama dan terakhir.
Ingatlah Allah takkan sesekali meredhai sebarang niat yang tidak ikhlas,kebenaran yang kau cuba kau sampaikan akan terhijab dan sukar menembusi.Cukuplah bumi ini sudah didiami oleh ramai yang rosak peribadinya,mati hatinya.
Bangkitlah menjadi mujahidah yang dirindui ummah,yang terpancar keindahan Islam dari jiwanya,terserlah pula pada peribadi.


4-Apabila dia ajak keluar,
jangan sesekali keluar..!

Tolak dengan baik dan bagi kefahaman.Kecuali ada urusan yang betul-betul penting.


5-Apabila dia kerap sangat menelefon,
bertegas minta dikurangkan.Kemudian, bertegas supaya jangan telefon lagi tak kena dengan syariaat.Bagi kefahaman dan hujah bukannya bertegas tak bertempat.Nanti disalah tafsir.


6-Apabila ditanya adakah diriku dah berpunya,
berkatalah dengan yakin bahawa cintaku hanyalah kepada Allah semata-mata pada usia ini dan akan kupelihara rasa cinta hanyalah untuk lelaki yang dipilih Allah untukku.Aku hanya akan fikirkannya apabila aku sudah bersedia.


7-Apabila tak disangka-sangka dia datang menemuiku,
cuba mengelak.Jangan duduk terlalu dekat. Buatlah sesuatu agar dia terlindung daripada memandang wajahku.Cakap sekadar perlu,ringkaskannya..!


Oleh :- Fatimah Syarha ( Seindah Mawar Berduri)
BARAKALLAHU LANA :)

Monday, May 30, 2011

Letih.. Ya Allah!


Allah..
Ada hambaMu kini sedang keletihan..
Apakah masih ada rehat buatnya?

Allah..
Dia letih mengalirkan air mata..
Apakah kerana suatu saat dulu dia sering menangguh?

Allah..
Letihnya dia kini kerana penipuan..
Mengapa kini baru dia sedar akan hakikat itu?

Allah..
Letihnya dia..
Mengapa mesti dia yang terjebak sekali?

Allah..
Takdir itu sama sekali tidak salah..
Cuma letih kerana salah diri..
Hingga kini buntu..

Allah..
Terima kasih meletihkan..
Kerana kesedaran yang Engkau berikan..
Keletihan itu dirasai..
Jika tidak, keletihan itu masih lagi indah padanya..

Allah..
Pedih jiwanya tatkala mengingatkan dosa lalu..
Runsing kepalanya ketika memikirkan..
Apakah Allah masih mengingatinya?
Setelah dia lupa kepada Sang Pencipta itu..
Apakah masih ada keampunan buatnya?
Diatas dosa-dosa lalu..
Apakah akan ada rehat untuknya?
Setelah dia sering letih menginsafi kekhilafan..

Allahu Rabbi..


- Nur -

BARAKALLAHU LANA :)

Ampun..


Mungkin..

Jendela taubat akan tersingkap
jika yang menyelak tirainya
ialah tangan yang lembut dan ikhlas memohon..



- Nur -

BARAKALLAHU LANA :)