Posts

Showing posts from 2011

Suara Wanita ...

Islam itu mudah dan sederhana serta tidak menyulitkan penganutnya.  Jika suara wanita itu termasuk di dalam bahagian-bahagian aib (aurat) wanita, ini bermakna kita telah meletakkan satu beban dan kesusahan kepada kaum Hawa.  Bagaimana harus wanita-wanita Islam mahu berkomunikasi dengan rakan sekerja ketika di tempat kerja?  Bagaimana dengan nasib pendidik wanita yang mendidik anak bangsa?  Bagaimana dengan ibu-ibu kita yang menjalankan urusan jual beli di pasar?  Adakah mereka ini berdosa kerana menunaikan tanggungjawab mereka kerana Allah swt? Pada zaman Rasulullah saw. terdapat ramai di kalangan para sahabat dan kaum Hawa yang hadir, bertanyakan soalan dan berhujah dengan Baginda saw.  Kaum Hawa mengajukan soalan kepada Baginda saw. mengenai hukum-hukum agama dan ini juga telah didengari oleh sahabat-sahabat Baginda saw. yang lain.  Tidak ada sesiapa pun yang melarang mereka (kaum Hawa) mereka daripada bercakap.

Dr. Yusof al-Qardhawi dalam Fatwa Muasirah memetik satu da…

ISTIHADHAH ....

“Darah istihadhah ialah darah penyakit yang keluar dari faraj perempuan. Darah ini bukanlah merupakan darah haid atau darah nifas. Ia adalah sejenis darah penyakit. Seseorang perempuan yang ketika didatangi darah istihadhah, wajib berpuasa, bersembahyang dan boleh mengerjakan ibadah lain sama seperti orang lain yang tidak didatangi haid dan nifas.”
ISTIHADHAH. 
Istihadhah BUKAN darah Haid. Haid sekurang-kurangnya 24 jam dan paling lama 15 hari. Jika ada darah yang keluar selepas tempoh 15 hari haid, maka itu adalah Istihadhah.

Tajuk istihadhah bukanlah senang untuk ditulis. Ia lebih mudah diberitahu secara lisan. Tapi, InsyaAllah.. Kerisauan akan menjadi pendorong untuk cuba menulis dan menyampaikan dengan baik.

Tempoh paling lama KELUAR HAID adalah 15 HARI .Kemudian, seseorang wanita akan berada  dalam tempoh SUCI DARI HAID selama 15 HARI juga .Jika ada darah yang keluar selama mana dia   dalam tempoh 15 HARI SUCI, maka itu adalah darah ISTIHADHAH dan bukannya HAID.
CIRI CIRI ISTI…

Menegur

Alhamdulillah, seronok bila ada orang yang bertanggungjawab menegur kesalahan orang lain. 'Amar Ma'ruf Nahi Munkar' kan?

Tapi, dalam menegur tak semestinya kita bebas menggunakan apa cara sekalipun. Kita tetap harus meneliti beberapa perkara sebelum menegur orang lain.

1 - Sewaktu mengenalpasti kesalahan orang lain.
---> Tengok dulu jenis kesalahan untuk mengatur cara menegur. Apakah kesalahan itu kesalahan yang berat, sederhana, ataupun kecil.

2 - Mencari waktu dan keadaan ataupun cara yang sesuai untuk menegur.
---> Ini lebih kepada menjaga maruah orang yang ingin ditegur. Jangan menegur orang lain dikhalayak ramai. Sebolehnya, tegur secara peribadi agar orang yang ditegur tidak akan berasa dipermalukan.
Cara, fikir cara yang lebih baik untuk menegur. Contohnya, katakan seseorang yang bersalah tu mempunyai kawan baik ataupun dia adalah seorang yang berlawanan jantina dengan kita.. Sebaiknya kita gunakan kawan baiknya untuk menegur. Kalau berlawanan jantina, suru…

Sudah Lama Aku Bertahan..

Image
Benar, ia sangat menyakitkan..
Satu persatu definisinya..
Tak mampu terurai oleh kata-kata..
Yang tersingkap hanyalah kalimah cita-cita..
Aku ingin mengubahnya..

Tapi ditahap manakah imanku?
Kekuatankah yang aku miliki sampaikan tangan ku kuat berdaya..
Atau hanya lemah membenci dengan hati..
Atau mungkin, cita-cita itu sekadar personafikasi..
Yang mengubah dalam sebaris ayat cuma..
Mahupun mengubah dalam angan-angan dusta..

Yang pasti, perubahan itu harus tetap berlaku !
Bila dan bagaimana..
Itu persoalan yang tak pasti jawapannya..
Tapi yang pasti, aku akan tetap kearahnya..
Kearah menukar derita menjadi bahagia..

Ya, aku dah lama bertahan..
Sudah lama aku mengalirkan air mata..
Biarlah kini aku mencari kain kesat yang mampu menahan..
Biarlah aku mencari cahaya indah yang sudah lama kuimpikan..
Namun bisakah aku menggenggam cahaya berharga itu?



Sedangkan aku tak punya apa-apa..
Aku langsung tak dipandang siapa..
Aku tak punya status yang teguh..
Yang menguatkan keyakinan..
Dan mela…

Adab-Adab Menyambut Syawal

Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta'ala membalasnya dengan satu hari yang dinamakan 'Idulfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah Subhanahu wa Ta'ala menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara' dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan.

Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala khusus kepada hamba- hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan.

Apakah adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut kedatangan Hari Raya?

Banyak fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya. Oleh sebab itu, di antara adab-adab dan …

Maaf Zahir Batin..

Image
Kemenangan itu akhirnya menjelma..
Setelah satu purnama Rahmat..
Menjadi sebuah medan jihad..

Seketika sahaja..
Melawan musuh nafsu dimedan Ramadhan..
Kini telah ku temui kemenangan Syawal..
Terasa baru semalam..
Aku memohon kekuatan jihad..
Berjuang di medan Ramadhan..
Lantas syukur padaNya menerpa..
Kerana kemenangan itu..
Masihku berkesempatan meraikannya..

Tak pernah putus aku berharap..
Semoga hari kemenangan itu..
Memanglah kemenangan buat insan..
Yang jerih berkeringat meraih Redha..

Dan kemenangan itu..
Kemenangan atas berhasilnya perjuangan..
Hingga berjaya meraih sijil Maghfirah..
Juga anugerah Taqwa..

Wahai Syawal..
Moga kedatanganmu..
Membawa barakah yang tak pernah putus..

"Assalamualaikum sahabat pembaca :) Salam 'Idulfitr buat antum ! Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan sama ada sengaja atau tidak. Semoga kedatangan Syawal memberi kebaikan kepada kita sebagai hambaNya. Dan keluarnya kita dari Ramadhan akan diiringi kesucian dari noda-noda sengsara. Inysa…

Sedih Dalam Gembira..

Image
Sedih dan Gembira..
Mana satu harus kupilih ?
Apakah sedih ?
Padahal sunnah Nabi bergembira pada tika itu..
Apakah gembira ?
Sedangkan bulan barakah itu baru berlalu..
Patutkah aku menyukai pemergiannya ?
Lantas apa yang harus ku rasa ??


Sedih dan Gembira..
Antara dua..
Mana yang lebih layak buat seorang muslim..
Demi membuktikan kecintaan pada Deennya ?
Meskipun antara dua..
Tetap akan ada..
Sedih dalam Gembira..


Syawal..
Meski aku sedih..
Kegembiraan meraikanmu sebagai kemenangan..
Tetap ada sebagai tanda syukur..
Kerana kemenangan jihadku akhirnya tiba..


Ramadhan..
Dalam aku gembira..
Bukan bererti aku lupa kenangan kita..
Malah akan kucuba sedaya..
Menanam segenap rindu..
Menyimpan memoir redha..
Engkaulah jalan ketenangan..
Melaluimu, aku diberi peluang..
Menjadi lebih taat dan patuh..
Meraih Maghfirah dan Taqwa..
Itulah memori kepulangan..


Sedih dan Gembira..
Harus kedua-duanya..
Sedih pemergian..
Gembira kemenangan..


- Nur -

Tak Lama Dah..

Rasulullah SAW bersabda :-

“Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata : Rugilah orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan selawat atasmu”. Aku mengucap ; Amin. Jibril berkata lagi : Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak dimasukan ke syurga. Aku berkata ; Amin. Jibril berkata lagi : Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya. Lalu aku mengucapkan ; Amin. HR. Ahmad


Tak lama dah, lagi 10 hari. Maka orang-orang yang berjihad menentang hawa nafsunya akan menemui kemenangan. Kemenangan untuk orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam mujahadah dan mencari sebuah harta yang tak bernilai. TAQWA.. Idaman setiap mukmin.

Matlamat utama ketika masuk ke bulan Ramadhan, pastinya ingin menyucikan diri dan meraih sebanyaknya anugerah Allah. Semoga keluarnya kita dari Ramadhan nanti, kesucian masih bertapa dan anugerah Allah itu akan tetap bersemi di hati dan tidak hilang sinar dan nilainya..…

Tegurlah dengan Baik..

‘‘Hai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada pemangku kekuasaan di antaramu. Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu (perkara), kembalilah ia kepada (kitab) Allah dan (sunah) Rasul, jika kamu benar-benar beriman terhadap Allah dan hari kemudian. Itulah yang lebih baik dan lebih bagus kesudahannya.”


Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 59 tersebut dengan jelas memperingatkan umat Islam supaya tidak membiarkan sesuatu pertelingkahan atau perbezaan pendapat itu mencetuskan perpecahan di antara mereka.

---------------------------------------------------------------------------------

Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah,

pertama:- tidak merendahkan ego orang yang ditegur,

kedua:- mencari waktu yang tepat dan

ketiga:- memahami kedudukan orang yang ditegur.

Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melat…

Puasa Kerana Allah atau Kerana Ramadhan ?

Alhamdulillah.. Pejam celik, pejam celik, sudah masuk hari ke-5 kita melalui Ramadhan Kareem.. Bagaimana ibadah kita ? Sebanyak manakah kita berusaha mengejar anugerah Allah yang istimewa dan melimpah ruah dalam bulan mulia ni? Sama-sama kita muhasabah.. =)

Selama 5 hari kita melalui Ramadhan, pernahkah kita terfikir..?
- Niat yang dilafaz adakah benar-benar sama dengan maknanya dari sudut luar dan dalam?
- Kerana apa kita berpuasa?
- Adakah amalan puasa kita memberi kesan kepada jiwa dan jasad?
- Adakah kita berusaha mengawal segala perlakuan buruk yang pernah dilakukan sebelum Ramadhan?
- Adakah anggota badan yang lain turut berpuasa atau hanya letih berpuasa menahan lapar dan dahaga?
- Adakah diri benar-benar ikhlas berpuasa kerana Allah atau hanya kerana bulan Ramadhan yang lumrahnya pada bulan ini semua orang Islam berpuasa ?

Persoalannya utamanya, KITA BERPUASA KERANA RAMADHAN ATAU BERPUASA KERANA ALLAH ?


Fenomena yang berlaku pada hari ini, masyarakat kita suka menggantikan …

Salam Syahral Kareem !

Image
Ramadhan..
Didalamnya terisi ketenangan..
Untuk menghapus kekalutan menyesakkan..

Ramadhan..
Fasa-fasa didalamnya..
Adalah peluang buat hamba dari Pencipta..

Ramadhan..
Sebuah kelapangan yang diberi..
Untuk setia menghayati..

Ramadhan..
Dijanjikan oleh Yang Esa..
Kesetiaan bakal dibalas syurga..

Ramadhan..
Bulan yang terkandung Barakah..
Yang terisi Rahmah dan Maghfirah..

Ramadhan..
Waktu terhapusnya dosa yang tegar..
Tatkala mengalirnya air mata di malam Lailatul Qadar..

Ramadhan..
Adalah seketika purnama..
Yang menjadi tanggungjawab semua hamba..

Ramadhan..
Adalah sebuah ruang waktu..
Yang tidak ada selalu..

Ramadhan..
Ruang waktu yang memberi bahagia..
Jika barakahnya diambil jaga..

Ramadhan..
Ruang waktu yang menjamin indah..
Jika tiap detiknya menjadi ibadah..


" Salam 'Alaykum ! Buat teman blogger... Salam Syahral Kareem ! Moga sentiasa dianugerahkan kesihatan yang berpanjangan serta peluang untuk mengharungi hari-hari dalam Ramadhan dengan merebut dan mencapai Rahmah d…

Hadirnya Kali Ini..

Image
Bahang mulia kini terik dirasa..
Hembusan anugerah lembut menyapa..
Kerana makin dekat dengan ia..
Aneh jika tak berbicara tentangnya..

Ramadhan..
Perginya kadang dirindu tanpa sedar..
Tiadanya kadang dirasa selesa..
Hadirnya kadang cuma simbol lebaran semata..
Malah wujud yang mencemuh kehadirannya..

Kini..
Semakin dekat menghampiri..
Rata-rata mengatakan suka..
Namun manisnya bahasa, tertibnya bersujud..
Tak selalu sama dengan hati yang menyimpan sejuta rahsia..

Memang bukan semua..
Sejujurnya masih ada..
Masih hidup hati dan kalbu di penjuru kecil dunia..
Berdoa mengharap kebaikan bulan-bulan barakah..
Setia merindu isi Rahmah dan Maghfirah..
Ya Syahral Kareem !

"Allahumma bariklana fi Rajab wa Sya'ban.. Waballighna Ramadhan"


- Nur - 

Peludah Warna

Image
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

1. 7. 11. A. SAMAD SAID

Peristiwa-peristiwa penting di Bulan Syaaban

1. Malam Nisfu Syaaban

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatanny…

Fadhilat Bulan Syaaban

Rejab sudah berlalu. Kini Syaaban tiba. Lambaian Ramadan sebulan lagi. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban.

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان

"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"


Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."

Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.

Diantara hadis yang paling masyhur ialah: Rasulullah SAW ber…

Hari Peringatan..

Image
"Sanah Helwah"..
"Selamat Hari Lahir"..
"Happy Birthday"..

Bukan sekadar ucapan..
Juga sebagai peringatan..
Makin dekat dengan kematian..

Tika telinga menangkap..
Suara mengucap selamat..
Hati kian mengharap..

Bukan mengharap sambutan..
Bukan mengharap hadiah mahal..
Tapi berharap bertambah kebaikan..

Allah..
Semoga umur ini bertambah..
Seiring dengan bertambahnya..
Ilmu, Iman, dan Amal...

- Nur - 

Solat..

Image
Dalam rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 pagi tadi, seorang penceramah menerangkan ayat Al-Quran diatas.

Pertama : baris ayat "Hafizu 'alasolah".. Seperti semua tahu, Allah memerintahkan semua manusia dalam kitabNya.. "Jagalah solat!".

Kedua : sambungannya "wassolatil wustha" . Yang bermaksud "dan jagalah terutamanya Solat Wusta" Penceramah itu menerangkan apakah itu Solat Wusta? Banyak pendapat tentang solat wusta. Imam Syafie menyatakan, Solat Wusta itu adalah solat subuh, kerana solat subuh adalah solat yang sukar dilaksanakan berdasarkan waktunya. Ada ulama' lain menyatakan solat wusta itu adalah solat zohor, dan ada lain yang menyatakan solat wusta adalah solat asar, juga maghrib dan isyak. Tapi, kita buat kesimpulan, kita ambil semua pendapat ini dan ini bermakna semua solat fardhu adalah diutamakan untuk dijaga.

Ketiga : baris terakhir "waqumu lillahi qanitiin" bermaksud "dan berdirilah kerana Allah dengan Qanitii…

Sungguh..

Image
Sungguh, tak dapat dinafi..
Perasaan ini telah bersemi..
Biar dicantas dengan segala upaya..
Tetap bertunas kembang mekar..
Bagai disiram baja belaian..

Sungguh, tak dapat menafi..
Hati ini bagaikan melayang..
Pantas istighfar meniti di bibir..
Kerana fitrah tak dapat dilawan..
Hanya akal bisa mengawal..

Wahai..
Sesungguhnya sebagai manusia..
Lafaz 'tidak' itu hanya dusta...

Wahai..
Jika syari'at tidak menghalang..
Salammu ingin sekali kusambut..
Namun perasaan hati harus dihijab..
Agar tak terhijab syurga buat jasad..

Wahai..
Harus kau tahu..
Tak akan pernah bibirku berbicara..
Jika lafaz amanat itu belum disuara..
Jika salammu belum disambut tangan waliku..

Ya Tuhan..
Pelihara kedua hati ini dari bergelora..
Kala dekat berada..
Meskipun kalimat bibir tersembunyi..
Hanya hati saling mengetahui..


- Nur -

Isra' Mikraj

"Maha suci (Allah) yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad
s.a.w.) pada suatu malam hari, dari masjidil Haram ke masjidil Aqsha, yang telah Kami berkati sekelilingnya, karena hendak Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha melihat." (Al-Isra' ; 1)


Setiap kali mendengar ceramah-ceramah tentang peristiwa isra' dan mikraj, kita akan diperdengarkan bagaimana perjalanan Rasulullah dan apa yang berlaku sepanjang perjalanan tersebut. Bagaimana kalau ditukar sikit pengisisan untuk tazkirah tentang isra' dan mikraj ni? Bukan apa, takut orang lain bosan akan pengisian yang sama. Bimbang juga orang dah tak ambil peduli tentang ini.
Untuk tazkirah kali ni, kita ingat kembali apa yang Rasulullah dapat daripada peristiwa itu dan bagaimana kita menghargainya.. =)

Mari kita ingat kembail..
Pada 27 Rejab, Rasulullah melalui peristiwa Isra' dan Mikraj dimana sepanjang peristiwa itu, pelbagai kebesaran Allah diperlihatka…

Perlukah?

Image
Perlukah setiap rentak jari mengikut irama hati?
Perlukah kaki melangkah dengan bangga bermegah?
Perlukah air mata menitis kerana dilema puitis?
Perlukah lidah dilukai kerana sedikit kesilapan diri?
Perlukah ukhuwah berdarah kerana sikap yang gundah?

Sesungguhnya tidak semua irama itu merdu..
Sememangnya tiada kemegahan buat seorang hamba yang hanya mampu merayu..
Seharusnya puitis tidak bisa beraja dikalbu..
Sesungguhnya kesilapan tidak hanya melihat dan berlalu..
Dan seharusnya, darah kegundahan itu bersifat malu.

- Nur -

Muslimah Vs Putus Cinta

Umum kita sudah mengetahui bahawa berpasangan, bercinta, couple selain daripada hubungan sah suami isteri dan apa sahaja istilah yang seerti dengannya adalah haram di sisi agama kita Islam.

Walau bagaimanapun, jika kita lihat pada generasi kita yang bergelar remaja sekarang, ramai yang hanyut dalam arus percintaan. Setelah terngadah baru tersedar bahawa cinta yang terbina itu memakan diri sendiri. Cinta yang terjalin tadi akhirnya sia-sia, punah seribu harapan, impian, dan janji-janji.

Nasi sudah menjadi bubur, penyesalan memang akan tetap singgah. Kesunyian akan menerpa. Namun ingat wahai muslimah! Jangan pernah berkata yang hati anda kosong hanya kerana 'I have no boyfriend' sebab Allah tetap ada. Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan kepercayaan kepada-Nya.

Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar bahawa peluang tidak datang bergolek, begitu juga dengan jodoh. Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga dipertemukan dengan lel…

Tangan ini..

Image
Tangan ini..
Adalah tangan pinjaman..
Sebagai pelaksana janji..
Yang dulu pernah dipateri..

Seringkali tangan ini..
Melupai kejadian asalnya..
Menyusur jalan tanpa peduli..
Membenci keringat yang membawa syurga..
Menolak seruan jihad di hati..
Membangkang kemuliaan dari bertakhta..


Kesedaran kadang-kadang menyapa..
Tatkala waktu menyepi..
Tika bersendiri bertemankan indah purnama..
Tika suara ciptaan memecah sunyi..

Keinginan mula mengusik hati..
Ingin keluar dari jalan kejahilan..
Ingin menuju cahaya kesedaran..
Ingin kembali dekat dengan Tuhan..


Namun tangan ini..
Sering ditarik oleh mereka..
Dari jalan-jalan derita itu..
Sering ditutup matanya..
Dari melihat cahaya murni itu..
Sering jua tangan ini..
Dipujuk menjauhi..
Sebuah jalan lurus yang hakiki..

Ya Allah..
Tangan ini ingin meminta..
Tangan ini ingin memohon..
Tangan ini ingin merayu..
Tangan ini ingin kembali..

Tetapi tangan ini..
Sentiasa tersentuh rasa malu..
Malu untuk menadah..
Malu untuk melangkah..

Ya Allah..
Kurniakan…

Masihkah?

Image
Mungkinkah kebahagiaan itu masih tersisa untukku?
Setelah kepahitan menimbuskan semuanya kedasar bumi..
Masihkah akan kurasai kegembiraan?
Setelah harapan semakin larut dengan air mata..
Mampukah ku pandang rupa mereka?
Setelah wajah-wajah itu dilumur kebencian..

Muncullah kebahagiaan..
Membawaku melawan kepahitan durjana..
Kuatlah harapan..
Agar tidak terus larut dengan air mata sia-sia
Sirnalah kebencian..
Agar dapat ku hulurkan kemaafan pinjaman.


- Nur -

Remaja

Image
Bukakan matanya..
Kejutkan hatinya..
Bangkitkan jiwanya..
Bangunkan perasaannya..
Sedarkan mindanya..
Dari terus nyenyak diulit mimpi tanpa lena..
Yang menjanjikan indah dalam derita..
Yang berdusta dalam lafaz cinta..
Yang menyeksa dalam ketawa..
Yang menyatakan neraka itu syurga..
ALLAH !!
Bantu dirinya..
Menyedari sebuah janji palsu..
Mengenal erti cinta yang satu..
Memahami makna ketawa bisu..
Mencari kasih abadi, menghindar syurga palsu..


- Nur -

Qiamullail...

Image
Kala kelam menyapa malam..
Hening terasa nyaman..
Kala suria mengundur diri..
Diganti purnama menerangi maya..
Hadirnya detik indah buat sebuah pengabdian..

Mensyukuri, menginsafi, memohon..
Sekali menambah bekalan yang dipohon..
Sebuah janji dilafazkan dulu,kini dikotakan..
Sebagai umat Rasul, sebagai hamba Ar-Rahman..

Menjadi penghubung antara hamba dan tuan..
Menjadi penolong dari kesulitan..
Menjadi sebuah talian bantuan..

Sebuah jalan yang dibuka..
Melancarkan perjalanan seorang hamba..
Menuju mahligai syurga..
Itulah hebatnya..
Sebuah QIAMULLAIL yang dicerita..


- Nur -

Air Mata

Image
Air mata itu..
Air mata dari hati..

Air mata itu..
Air mata yang menginsafi..

Air mata itu..
Air mata yang takutkan AL-HADI

Air mata itu..
Air mata yang menitis kerana meresahi..

Air mata itu..
Menitis meresahi akan binasa di Hari Abadi..

Adakah air mata itu penyelamat dari kepanasan api?
Wahai Allahu Rabbul Izzati..?
Dimanakan ditemui jawapan buat persoalan hati?

Hasan al-basri berkata, "Jika mata seseorang menyucurkan air mata kerana takut Allah, maka Dia mengharamkan neraka menyentuh tubuhnya. Jika airmata mengalir ke pipinya maka wajahnya tidak hitam dan hina pada hari kiamat."

- Nur -

CINTA

Image
Cinta itu ibarat air..
Hadirnya menggembirakan..
Hilangnya adalah sengsara..

Yang jernih menjadi idaman..
Yang jernih itu menenangkan..
Yang jernih itu yang membahagiakan kehidupan..

Tetapi, jika ia keruh..
Tentu sukar jernihkan kembali..
Kecuali, jika cinta itu adalah CINTA RABBUL IZZATI



- Nur -

Tindakanku Bila Diuji Lelaki

Image
1-Ingat dan berpegang pada prinsip.
Fikirkan masa depan yang panjang,utamakan wawasan akhirat yang berkekalan.Cintaku milik Allah..!!


2-Apabila gangguan mereka membuatkan mereka asyik bermain di fikiran,
segeralah beristighfar dan berzikir.Bacalah al-Qur'an kerana ia warkah cinta daripada Pencipta agar cintamu pada Allah tidak sirna.


3-Apabila dia sering menelefon,
kalau tak angkat nampak sombong sangat.Bagi mereka yang tak faham Islam,mereka akan rasa terhina dan sakit hati,bahaya juga untuk keselamatan diri.Jadi langkah terbaik,betulkan niat kerana Allah, berikannya kesedaran tentang tidak patutnya berhubung,sehikmah mungkin.Pastikan aku cukup bertegas dalam hal ini agar dia takkan menghubungiku lagi.Kalau hati mereka ada hajat kebenaran,kenalkan mereka nama-nama pensyarah yang soleh dan berpotensi sebagai pendidik.

AWAS..!!Pastikan kau sentiasa cuba mencari jalan keluar untuk memendekkan perbualan agar kau tidak terjerat dengan cinta dan pastikan ia adalah perbualan yang per…

Letih.. Ya Allah!

Image
Allah..
Ada hambaMu kini sedang keletihan..
Apakah masih ada rehat buatnya?

Allah..
Dia letih mengalirkan air mata..
Apakah kerana suatu saat dulu dia sering menangguh?

Allah..
Letihnya dia kini kerana penipuan..
Mengapa kini baru dia sedar akan hakikat itu?

Allah..
Letihnya dia..
Mengapa mesti dia yang terjebak sekali?

Allah..
Takdir itu sama sekali tidak salah..
Cuma letih kerana salah diri..
Hingga kini buntu..

Allah..
Terima kasih meletihkan..
Kerana kesedaran yang Engkau berikan..
Keletihan itu dirasai..
Jika tidak, keletihan itu masih lagi indah padanya..

Allah..
Pedih jiwanya tatkala mengingatkan dosa lalu..
Runsing kepalanya ketika memikirkan..
Apakah Allah masih mengingatinya?
Setelah dia lupa kepada Sang Pencipta itu..
Apakah masih ada keampunan buatnya?
Diatas dosa-dosa lalu..
Apakah akan ada rehat untuknya?
Setelah dia sering letih menginsafi kekhilafan..

Allahu Rabbi..


- Nur -

Ampun..

Image
Mungkin..

Jendela taubat akan tersingkap
jika yang menyelak tirainya
ialah tangan yang lembut dan ikhlas memohon..



- Nur -

Salah Faham Pemakaian Tudung

Pada hari ini, dapat kita perhatikan ramai muslimah mulai sedar akan kewajipan mengenakan tudung. Kita dapat lihat bagaimana seorang muslimah sebelumnya tidak bertudung, kemudian mula mengenakan tudung. Alhamdulillah, Rahimahunnallah. Walau bagaimanapun, sayangnya kebanyakan dari mereka masih belum mengenakan tudung yang benar-benar sesuai dengan kehendak syariat. Kebanyakan dari mereka memakai tudung mengikut trend atau hanya ingin dilihat lebih islamik. Mereka lebih mementingkan keanggunan, kecantikan tanpa mempedulikan apakah benar tudung mereka betul atau tidak.



Kebanyakan tudung yang dijual hari ini tidak cukup untuk menutup aurat secara sempurna melainkan meninggalkan celah-celah yang memperlihatkan aurat. Menurut jumhur ulama, aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Sebagaimana ulama ahli tafsir Imam Al-Qurthubi berkata, pengecualian itu adalah pada wajah dan telapak tangan. Yang menunjukkan hal itu adalah apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisy…

Wanita..! Jagalah Auratmu...

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (AL-AHZAB: 59)

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan pakaiannya sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa …