Posts

Fikir!

Fikiran kita menjadikan siapa kita.
Jangan terlalu sempit, akan tiada ruang untuk kau berjalan.
Jangan terlalu luas, kau akan terlajak tanpa sempat berpegang.

Fikir sefikirnya, ikut aturanNya.

-Nur-

Aku mahu pindah!

Aku sendiri tak tahu.
Sampai bila akan terus berputar diroda yang sama..
Berpusing, tapi tak berganjak.
Berpusing, tapi tak berubah.

Tuhan,
Temukan aku jalan keluar.
Kuatkan aku berpindah langkah.
Terangkan hatiku, untuk melihat dan utuh menujuMu.
Tanpa perlu kembali pada pusingan sama,
Asyik dan leka.

-Nur-

Aku.

Bicaraku, untuk sendiri.
Tulisku, untuk sendiri.
Jelas.

Tiada hati yang mahu aku puaskan,
Tiada sangkaan yang mahu aku penuhkan.
Semua kerana aku, yang aku mahu.

-Nur-

Cukuplah kamu ada..

Tak perlu terlalu jelas,
Cukup sekadar ada dan baik-baik sahaja.

Dan biarkan aku tahu tentang itu.

-Nur-

Warna

Warna,
Walau tak secantik pelangi,
Mungkin indah menghias syurga.

-Nur-

Entah.

Entahkan aku masih punya tempat.
Setelah aku sendiri yang lari meninggalkan asal. Entah masih Tuhan mahu menerima rayuan, Setelah segala kasihNya aku endahkan.
Selaut rahmatMu ya Allah, seluas maghfirahMu ya Rabb.. Ampunkan hamba,  Yang tak pernah lelah membuat salah. 
-Nur-

Jelaskan.

Mahu pergi, pergi sepenuhnya.
Mahu tetap tinggal, beritahukan sebenarnya.

Aku bukan nujum, boleh tahu rahsia hati.
Aku bukan patung, dicari ketika sunyi.

-Nur-

Keliru

Betulkan sangkaanku,
Terangkan.

Betulkan kesilapanku,
Tunjukkan.

Jangan jauhi, jangan diamkan.

Katakan yang sebenarnya,
Biar jelas dan keliru itu hilang.

-Nur-

Cahaya

Cahaya.
Bukan cuma terkalahnya kelam,
Semoga hingga terangnya jalan.

Cahaya,
Biar lekat penuhkan jiwa,
Biar tersinar cantik dimata.
Tidak hanya samar-samar terpadam,
Atau benderang membuta pandangan,
Agar sampai dihujungnya, tak sekali mengalih berpusing pejam.

-Nur-

Kamu.

Kamu adalah satu warna,
Diantara pelbagai warna yang pernah hadir,
Yang menghiasi cerita hidup.
Allah hadirkan kamu sementara,
Dan sementara itu cukup membuat aku bahagia.

Maafkan segala kekhilafan.
Aku pohon, maafkan segalanya.
Warna indah kamu,
Takkan bisa dicorak atas kain kehidupanku.
Warnanya beda.
Sesuainya malahan tidak.

Kamu,
Terima kasih kerana selalu ada.
Terima kasih kerana sentiasa tenang,
Dengan sokongan, nasihat dan bait kata-kata.
Terima kasih buat segalanya.
Untuk semuanya.

Kamu,
Cuma pinjaman.
Dengan penuh penghargaan, aku kembalikan.

-Nur-